|
Shahurain yakin NS mampu ke final tapi bimbang ancaman pelawatNEGERI Sembilan tidak sesekali akan mengendurkan asakan walaupun sudah memiliki bekalan selesa, sebaliknya barisan depannya bertekad akan terus mengganas merobek gawang T-Team dalam pertemuan timbal balik kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam esok. \r“Kami tidak akan kendurkan permainan dengan corak bertahan, sebaliknya akan terus menyerang dan cuba merobek gawang lawan sebanyak mungkin. Inilah janji kami untuk menghiburkan penyokong setia yang banyak memberi sokongan,” kata pemain sayap lincah, Shahurain Abu Samah.\r\n\n\n\n\r Shahurain mencetuskan semangat kepada pasukan Selasa lalu apabila menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan seawal minit keenam sebelum Hairudin Omar menyumbat dua gol dan S Kunanlan melengkapkan kemenangan dengan jaringan keempat bagi membenam T-Team 4-2.\r\r\n\n\n\n\n Kemenangan itu membolehkan Negeri Sembilan bimbingan Azraai Khor Abdullah memiliki modal selesa menjelang pertemuan kedua itu dan T-Team yang dibimbing Yunus Alif pula perlu menang sekurang-kurangnya 3-0 untuk memastikan impian mara ke final buat pertama kali tercapai.\rShahurain berkata, perlawanan malam esok adalah penting kerana dia dan rakan sepasukan berhasrat merealisasikan impian mencipta hatrik beraksi pada pentas final piala berprestij itu selepas dua kali berbuat demikian pada 2009 dan 2010.\r“Walaupun sebelah kaki kami ibarat sudah berada di final tetapi kami tetap berwaspada ancaman T-Team. Mana tahu mereka mempunyai ‘bola ajaib’ untuk menterbalikkan semula keputusan. Jadi, kami tidak memandang mudah cabaran mereka, sebaliknya akan terus memberikan komitmen dan tumpuan 100 peratus terhadap perlawanan.\r“Kami tidak mahu leka kerana ia boleh memusnahkan impian besar kami serta penyokong setia untuk berarak sekali lagi ke final,” kata pemain kelahiran Kajang yang menyarung jersi Negeri Sembilan sejak lima tahun lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|