|
MotoGP GP Malaysia dibatal ekoran kemalangan maut SimoncelliLITAR Antarabangsa Sepang (SIC) diselubungi duka apabila penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Selekoh 11 pada pusingan pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia- Shell Advance, semalam.\n\n\n\nInsiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam.\n\n\n\n\nPenunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.Turut terbabit dalam insiden pertama kali membabitkan kematian di Litar Sepang itu ialah Valentino Rossi (Ducati) tetapi penunggang veteran 32 tahun itu sempat mengelak dan bergerak ke dalam garaj pasukan sebelum dihentikan.Berita malang itu disahkan Pengarah perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena dalam sidang media khas mengumumkan masa kematian penunggang itu pada jam 4.56 petang kerana kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.Lagi berita Grand Prix Malaysia-Shell Advance, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|