CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Sebarkan fungsi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kehendak politik, kesedaran generasi muda, dapat martabatkan bahasa MelayuFUNGSI bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi perlu disebarkan kepada rakyat di negara ini untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mendaulatkan bahasa itu.\n\n\n\nIni kerana kefahaman terhadap peranan bahasa Melayu yang luas dan penting itu dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum dan menjelaskan nilai tersendiri yang dimiliki bahasa itu.\n\n\n\n\n\nPandangan ini dilontarkan pada Forum Intelektual: Endah Bahasa di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, baru-baru ini, sekali gus menekankan kepentingan bahasa dalam pembinaan jati diri rakyat negara ini.Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, berkata bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan hanya menjadi simbol kepada negara ini seperti yang ada pada pasport, setem dan mata wang, bahkan ia dapat menjadi platform untuk menyatukan rakyat.“Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pula, memastikan bahasa itu akan digunakan dalam urusan dan perkara penting dalam kenegaraan seperti bidang pendidikan, perundangan dan sebarang penganjuran majlis rasmi.“Kefahaman terhadap dua fungsi ini di kalangan rakyat adalah penting supaya peranan bahasa Melayu dapat dipertingkatkan lagi dan memberi penjelasan kepada semua pihak bahawa bahasa Melayu mempunyai nilai yang tersendiri,” katanya pada forum yang dipengerusikan Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Shamsiah Md Supi.\n\n\n\nJusteru, Prof Teo berkata, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa, manakala sebagai bahasa rasmi pula, ia berfungsi untuk memajukan bangsa dan negara kerana ia menjadi bahasa ilmu.“Jika dilihat pada Singapura contohnya, mereka hanya mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia adalah bahasa pribumi tetapi tidak digunakan sebagai bahasa rasmi.“Bagaimanapun, negara maju seperti Jerman dan Perancis menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sekali gus menjadi bukti kemampuan bahasa terbabit untuk membawa negara mereka lebih maju,” katanya pada forum anjuran bersama UiTM dan DBP sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011.Beliau turut menyangkal dakwaan kononnya bahasa Melayu tiada nilai dagang dan tidak boleh dibawa ke peringkat antarabangsa sebagai bahasa ilmu kerana situasi semasa membuktikan keadaan adalah sebaliknya.“Sudah lebih 100 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh dunia yang menawarkan kursus dalam bahasa Melayu, sekali gus menunjukkan bahasa itu sudah mencapai satu darjah antarabangsa yang tersendiri,” katanya pada forum yang disertai kira-kira 100 peserta.Pandangan Prof Teo itu ditekankan Ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Sarjit Singh Gill, yang menganggap kehendak politik menjadi faktor penting untuk mempertingkat dan menggerakkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi.“Ini kerana usaha memperkasa bahasa Melayu yang dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan organisasi lain dipandang sepi oleh banyak pihak.“Pada masa sama, banyak pihak pula menuding jari kepada DBP apabila timbul sebarang isu mengenai kekurangan kesedaran dalam masyarakat untuk memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu,” katanya.Dr Sarjit mengingatkan strategi sedia ada dalam memartabat dan memperkasa bahasa Melayu tidak akan membuahkan sebarang hasil sekiranya sebarang usaha DBP hanya dipandang sepi dan tidak mendapat perhatian pihak yang berkaitan.Sementara itu, Pensyarah Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM, Dr Norizah Ardi, berkata sebarang dasar untuk memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu perlu mengambil kira sikap dan pandangan generasi muda terhadap bahasa itu.“Dasar yang digubal seharusnya dapat memastikan bahasa Melayu bukan saja tidak terancam pada masa depan, bahkan membentuk generasi muda supaya lebih mengagungkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan komunikasi.“Ini kerana penggunaan bahasa Melayu pada masa depan pasti bergantung kepada sikap dan pandangan generasi muda kepada bahasa berkenaan pada ketika ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list