|
SERAMAI 12 deklamator dari seluruh negara bakal berentap untuk merebut Piala Tun Ghafar Baba dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2011 Peringkat Akhir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 28 Oktober ini, jam 8 malam.\rSayembara sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-8 itu, turut menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM3,000 kepada johan; naib johan (RM2,000) dan ketiga (RM1,000), manakala sembilan peserta lagi mendapat sagu hati sebanyak RM300.\r\n\n\n\n\rSayembara anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan DBP itu, bertujuan meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi, sekali gus memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi.\r\r\n\n\n\n\nPeserta peringkat akhir itu dipilih daripada peringkat saringan yang diadakan mengikut zon, iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk zon Tengah; Melaka dan Johor (Selatan); Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (Utara); Kelantan, Terengganu dan Pahang (Timur); Sabah serta Sarawak.\rMajlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|