CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Akhiri zaman duda

[Copy link]
Post time 25-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pembentukan Tradisional Melayu tema perkahwinan Lan, Siti\rDALAM rancak mengatur persediaan majlis pernikahan yang berlangsung 11 November ini, disusuli persandingan besar-besaran keesokan harinya, Lan A To Z atau nama sebenar, Norazlan Abdul Aziz, 42, masih sanggup memenuhi permintaan peminat yang ingin menyaksikan persembahannya.\r\n\n\n\n\r Melihat jadual, bakal suami kepada pembantu akaun, Siti Nur Ain Daud, 24, sememangnya tidak menang tangan melunaskan beberapa agenda penting membabitkan hari bersejarah mereka yang masih memerlukan perhatian termasuk membuat senarai jemputan.\r\r\n\n\n\n\n Namun sudah namanya rezeki, Lan tidak sanggup mengecewakan peminat di Kulim, Kedah dan Kota Baharu, Kelantan, yang menantikan kemunculannya apabila seikhlas hati menerima pelawaan mengunjungi kedua-dua bandar itu pada 19 dan 22 Oktober.\rAkuinya, sokongan Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) yang menjadi penaja kenduri perkahwinannya dan komitmen mereka mengendalikan segala perihal berkaitan majlis membolehkannya ‘melarikan’ diri seketika menghiburkan peminat.\rIbarat serampang dua mata, kunjungan itu juga antara sebahagian daripada misinya sebagai duta KKDSTTM yang menyelitkan warisan sejarah Melayu sambil menghiburkan ramai seperti yang dipersetujui bersama Penaung kelab, Baharuddin Mohd Yusoff.\r“Semuanya bagai mimpi, saya yang baru bergelar ahli mengunjungi kelab di Rawang itu untuk mengetahui aktiviti mereka. Apabila saya membuka mulut mengenai perkahwinan, mereka berbesar hati untuk menaja seterusnya terbabit dengan pelbagai acara ke seluruh negara termasuk bertemu ahli\r\n\n\n\ndan peminat.\r“Ini semua ketentuan Allah, saya dipertemukan jodoh semula selepas tiga tahun menduda dan kemudian bergabung dengan KKDSTTM. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang mampu saya sumbangkan untuk bangsa sambil menghibur,” katanya mengenai majlis perkahwinan yang mengambil tema Pembentukan Tradisional Melayu.\rTerdahulu, penyanyi yang mencipta nama bersama lagu Itik Gembo Gembo itu pernah mendirikan rumah tangga dengan model berdarah campuran, Marcella Casissi Sharif pada 1998, namun jodoh mereka tidak berpanjangan.\rHasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga cahaya mata perempuan yang kini menetap di England bersama bekas isterinya iaitu Puteri Nur Aqmar, 11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.\rSementara itu, pastinya ketika ini Lan dan pasangannya menahan debaran menanti hari bahagia mereka yang bakal disempurnakan di Masjid Kuala Kubu Bahru sekali gus memeterai percintaan yang dilayari hampir tiga tahun dengan ikatan suci.\rMemilih hari ulang tahun bakal isteri untuk tarikh pernikahan disusuli majlis persandingan besar-besaran di KKDSTTM di Rawang pada keesokan harinya, dalam tempoh tidak sampai tiga minggu segala persediaan kini sudah hampir 100 peratus disempurnakan.\rWalaupun tajaan serta atur cara majlis di bawah tanggungjawab kelab berkenaan, bakal mempelai masih punya peranan besar kerana ia majlis mereka dan sudah pasti setiap perincian terutama berkaitan persandingan mengikut adat istiadat Melayu sepenuhnya mengikut cita rasa empunya diri.\rDedah Lan lagi, rasa terima kasih tidak mampu diluahkan kepada kelab terbabit yang mengatur perancangan mengadakan persandingan mengikut adat, lengkap pencak silat, dayang, selain dimeriahkan kehadiran 150 motosikal berkuasa besar dan dihadiri tetamu luar negara seperti Iran, Australia, Thailand serta Singapura.\rBerduet dengan bakal isteri\rNYATA bukan calang-calang majlis yang diatur, jika mengikut perancangan penaung kelab, 13 khemah besar akan didirikan di sekeliling kelab berkenaan bagi menampung kehadiran 5,000 jemputan manakala pelamin seakan singgahsana raja dibina di bahagian dalam dewan untuk mempelai.\rTambah penyanyi yang masih aktif di arena seni hingga membawanya menjelajah luar negara, kepercayaan yang diberikan kelab terbabit dianggap sebagai penghargaan kerana bukan saja sanggup menaja majlis perkahwinannya, malah melantiknya sebagai duta lebih menjurus kepada pembimbing motivasi terutama untuk generasi muda mengenal sejarah.\rBuat masa ini, Lan juga sudah mula mengadakan persembahan di kelab itu pada setiap hujung minggu dengan kadar bayaran hanya RM30 di mana sebahagian kutipan disalurkan kepada dua badan kebajikan.\rMenyentuh mengenai perancangan masa depan, katanya dia dan isteri bakal berpadu suara membawakan sebuah lagu berjudul Kini Berdua untuk single terbarunya, malah besar kemungkinan jika sempat disiapkan sebelum majlis, ia bakal dihadiahkan sebagai cenderahati buat tetamu.\r“Ain berbakat, cuma dia tidak mahu menyanyi secara serius. Jadi biarlah dia menumpukan perhatian terhadap tugasnya. Namun kami sepakat tampil berduet membawakan lagu yang saya tujukan khas buatnya. Ia sudah siap, hanya menanti untuk dirakamkan saja.\r“Sebenarnya sejak dulu saya memang sudah menyiapkan berpuluh-puluh lagu. Sekarang bukan masa terbaik untuk tampil dengan album fizikal. Jadi saya simpan dulu bahan yang ada, pada masa depan siapa tahu jika ada rezeki A To Z akan tampil kembali bersama buah tangan baru,” katanya.\rSementara itu, Baharuddin berkata, pihaknya terbuka hati menjaga majlis berkenaan disebabkan mahu generasi muda dan masyarakat luar juga merasai kemeriahan perkahwinan Melayu yang penuh adat istiadat, selain menghargai sumbangan Lan sendiri selaku anak seni.\r“Jika dulu anak seni dianggap bangsawan namun kini status itu semakin dilupakan dan sebagai kelab yang berkaitan dengan warisan, kami mahu memartabatkan kembali semua itu. Pemilihan Lan bermula dengan majlis perkahwinannya, kami akan bergerak ke seluruh negara selepas ini membawa misi tersendiri.\r“Melihat kerjasama dan semangat Lan, kami yakin usaha ini akan mencapai matlamatnya kerana kami bergerak secara sukarela. Apa pun, perjalanan majlis ini akan didokumentasikan dalam bentuk VCD dan jurnal sebagai bahan pendidikan,” katanya yang turut menyumbangkan pakej percutian ke Pulau Bintan kepada mempelai.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056879 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list