|
Lahir tenaga mahir untuk ETP, pelan Greater KL\rUNIVERSITI Kuala Lumpur (UNIKL) menawarkan program baru peringkat sarjana muda bagi memenuhi keperluan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelan Greater Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r Antara program baru berkenaan ialah sarjana muda dalam bidang pemasaran, pengurusan runcit, pelancongan dan pengurusan pembinaan.\r\r\n\n\n\n\n Presidennya, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri, berkata program baru itu adalah sebahagian daripada pembaharuan selepas penjenamaan semula Sekolah Keusahawanan Antarabangsa sebagai Sekolah Perniagaan (UNIKL BIS).\rBeliau berkata, UNIKL BIS sekarang menawarkan program peringkat sarjana muda dalam bidang kewangan Islam, perakaunan, pengurusan dan keusahawanan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan doktor falsafah (pengurusan secara penyelidikan).\r“Penjenamaan semula disempurnakan Pengerusi UNIKL, Datuk Dr Adham Baba, baru-baru ini. Pengenalan itu selaras keperluan ETP yang mahu melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi.\r“Kita yakin perancangan ETP dan Greater Kuala Lumpur memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, kelmarin.\r\n\n\n\n\rHadir sama Dekan UNIKL BIS, Prof Madya Dr Sulaiman Sajilan.\rAbdul Hakim berkata, UNIKL mempelawa golongan yang sudah bekerja mengikuti program MBA secara sepenuh masa atau sambilan di Kampus Kota, Jalan Sultan Ismail.\rKatanya, program dengan kerjasama Grenoble School of Business, iaitu universiti berstatus ecole di Perancis.\rBeliau berkata, pelajar MBA akan dipertimbang untuk mendapat pinjaman pendidikan daripada MARA.\r“Semua kelas diadakan sebelah malam, sama ada untuk pelajar sepenuh masa dan sambilan kerana kami mahu memberi peluang kepada golongan yang sedang bekerja meningkatkan ilmu mereka.\r“Program MBA sepenuh masa memerlukan tempoh 18 bulan untuk dihabiskan dan UNIKL BIS menawarkan yuran terendah di negara ini, iaitu RM18,000,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|