CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Akidah alat penyatuan ummah

[Copy link]
Post time 27-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perpaduan sesama  muslim tonjol keperkasaan IslamAPABILA HIMPUN menjadi medan menyatakan kesungguhan terhadap perang murtad, jelas  ia adalah  cara  menyelamatkan umat Islam yang mungkin akan berpaling tadah daripada keesaan Allah SWT. Ia bukan satu-satunya usaha membendung gejala ini. Ia bukan juga menafikan kuasa Parlimen dan ahli penggubal untuk merealisasikan Rang Undang-Undang Murtad. Harus diingat, suara yang kuat tentunya mampu menyaingi bisikan  lemah, begitu juga kesungguhan  ditunjukkan mereka yang sanggup turun ke stadium  memberi sokongan kepada usaha terbabit yang  pasti lebih baik daripada memerhati dari jauh. \rDoa  supaya sesama muslim kembali hidup bersaudara bukan sekadar demi perpaduan dan kesejahteraan, tetapi bagi  memperteguhkan akidah yang lemah dan meneguhkan agama nan satu. Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan sempurna sahsiah, tetapi ia bukan tuntutan ke atas seseorang individu saja, sebaliknya buat semua.\r\n\n\n\n\r Hari ini pertelingkahan menjadi norma kehidupan lantaran manusia mula mengetepikan  kasih sayang sesama insan. Mengejar impian  fana, menggadai untung yang nyata, mempertaruhkan janji  luar biasa lalu semangat persaudaraan digadai sebegitu saja adalah sikap  tidak terjaga sedangkan Islam tidak hanya menganjurkan hubungan baik dengan Allah SWT semata-mata, tetapi juga sesama manusia dan makhluk Allah  lainnya. \r\r\n\n\n\n\n Islam menjamin asas persaudaraan dengan menyediakan hikmah pembinaan silaturahim bukan saja melalui hubungan kekeluargaan yang bermula dengan ikatan perkahwinan  tetapi juga kasih sayang antara  saudara seagama kerana ia memudahkan urusan dunia menuju ke akhirnya. Asas persaudaraan dalam Islam adalah ikatan akidah yang teguh kepada keesaan-Nya.\rFirman Allah SWT  bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,  maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10) \rHak terhadap agama perlu dipelihara  seseorang muslim terhadap saudara seagamanya menunjukkan betapa Islam adalah agama lengkap dan sempurna. Bahkan hak  sama dikanunkan manusia untuk dijadikan peraturan  agar tiada sesiapa yang teraniaya. Umat Islam  beriktiqad kepada Allah SWT tidak boleh menggantikan agamanya. Justeru, penganut agama lain tidak boleh sama sekali menyebarkan agama mereka kepada umat Islam. \rKita dapat membayangkan betapa kalutnya dunia Islam jika hak sebagai muslim tidak terbela, apatah lagi dunia hari ini tidak bersempadan, menjadikan fitnah dan buruk sangka mudah tersebar oleh sesiapa yang mengejar untung dunia. Ancaman demi ancaman ke atas umat Islam kian  melampaui batas sebenarnya patut ditepis dengan menonjolkan kekuatan persaudaraan sesama kita supaya kuantiti dan kualiti yang ada menjadi nilai tambah terhadap keperkasaan agama Islam itu sendiri, bukannya dilemahkan dengan perbezaan yang tidak membawa kebaikan. \r\n\n\n\n\rJusteru, sifat mazmumah yang membelenggu diri sehingga menolak usaha memerangi murtad boleh menjadi punca putusnya silaturahim sesama muslim sehingga menghalang musyawarah ke arah penyelesaian sedangkan itulah  dianjurkan al-Quran dan sunnah. Bahkan umat Islam jauh terkebelakang berbanding bangsa lain yang mengejar peluang, bukan menjatuhkan sesama sendiri sehingga akhirnya tiada siapa yang menang malah diperolok dan dihina  terang-terangan.   \rStrategi demi strategi mengakibatkan umat Islam terpedaya, keamanan  lebur, bahkan kehidupan  menjadi kacau bilau kerana propaganda  halus. Lalu Islam yang sempurna dilihat orang lain sebagai agama menyebabkan umatnya bertelagah dan mencari identiti yang tidak tahu di mana letaknya. \rPenganut agama lain pula menggeleng kepala, apatah lagi melihat kemunduran negara Islam di dunia yang sehingga ke hari ini masih dibelenggu kesusahan. Mereka pula menggembleng fikiran dan tenaga tanpa berkira waktunya untuk memastikan dunia mereka aman dan damai serta terpelihara.     \rJika diselami aspek pembinaan masyarakat Islam,  Rasulullah SAW  bersungguh-sungguh menjalin hubungan sesama Islam tanpa mengira keturunan, warna kulit dan kedudukan. Sejarah juga  membuktikan  belum pernah berlaku penyatuan umat sehebat kejayaan dilakukan  Rasulullah SAW sehingga berjaya membina ketamadunan ummah dalam tempoh  singkat. \rHal ini dilihat daripada hadis  Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang mukmin terhadap seorang mukmin  lain adalah seperti  bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” (Hadis riwayat Muslim). Sungguh, akidah saja satu-satunya alat yang boleh mengikat kembali silaturahim umat Islam yang kian  renggang. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.431039 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list