View: 2313|Reply: 8
|
Jip terbang untuk tentera dicipta
[Copy link]
|
|
WASHINGTON - Ia mungkin kelihatan seperti gambaran dalam komik tetapi jip terbang ini akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi.
Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (Darpa), iaitu satu daripada cabang tentera Amerika Syarikat sedang membina kenderaan futuristik ini menggunakan model kenderaan tentera Humvee dan dijangka sedia digunapakai menjelang akhir tahun depan.
Jip itu dicipta supaya dapat dipandu merentasi muka bumi paling sukar, mampu menahan tembakan senjata dan boleh terbang serta mendarat dengan hanya satu petikan suis.
Tentera AS berharap Humvee terbang itu boleh membawa empat askar bersama peralatan mereka pada satu-satu masa, terbang dan mendarat secara menegak, boleh diterbangkan sejauh 400 kilometer dengan menggunakan satu tangki penuh minyak serta boleh dikendalikan tanpa perlu latihan sebagai juruterbang.
Kenderaan dwi-fungsi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, syarikat Terrafugia telah mencipta Transition, iaitu kapal terbang kecil yang sayapnya boleh dilipat dan dijadikan kereta biasa. Penggunaan Transition diluluskan di AS, Julai lalu selepas melepasi beberapa ujian
kredit: sinar harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cam tak praktikal jer jip terbang nie... |
|
|
|
|
|
|
|
bole lh seberang sungai dgn mudah lps nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
humvee berat sangat..
kalu kete kancil aku percaya bole terbang...
|
|
|
|
|
|
|
|
macam tak kena pun ada....kelakar pun ada...suma ada la |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm tu x lama lagi ada lah yg guna kat jln lak.. kalau jem... boleh terbang jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Mawlay at 1-11-2011 09:02
Memang menarik program ni dan nampak gaya pentagon mmg serius projek ni .. tak perlu helikopter pengangkut tuk bawa humvee ni sebab humvee ni sendiri pun dah ada kelebihan tu... Idea projek pun berdasarkan kartun "transformer"... |
|
|
|
|
|
|
| |
|