CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 1

Tak aibkan jenazah lambang peribadi mulia

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANYAK kali kita didedahkan berita dan paparan foto bagaimana mayat atau jenazah diaibkan dengan  kejam dan memalukan. Sesungguhnya perilaku itu  menyeleweng daripada ajaran agama.\rApabila ada kalangan orang Islam bertindak di luar batas ketamadunan manusia, maka terlucutlah nilai kemanusiaan dan keadaan begini memberikan gambaran serong terhadap imej Islam itu sendiri. \r\n\n\n\n\r  Jenazah walau apa anutan agama mereka sekalipun seharusnya dihormati sebagai makhluk ciptaan Allah. Kita tidak dibenarkan mencerca, apatah lagi mengaibkan jenazah di khalayak umum.\r\r\n\n\n\n\n  Dikisahkan, terjadi peristiwa bagaimana Rasulullah secara psikologi mendidik umatnya menghormati jenazah. Meskipun kisah ini membabitkan insiden Rasulullah SAW berdiri menghormati jenazah orang bukan Islam, ia menjadi hujah kukuh jenazah orang Islam lebih wajib dihormati.\rSahl bin Hunaif dan Qais bin Sa’ad menceritakan. Suatu hari ada jenazah lalu di hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda  berdiri. Melihat tindakan Rasulullah SAW itu, sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah  Yahudi.” Baginda Rasulullah SAW menjawab: Bukankah dia juga manusia.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) \rItu jenazah bukan Islam, bagaimana pula jenazah orang Islam? Sudah tentu menjadi kewajipan orang yang hidup menguruskannya dengan penuh penghormatan. Jangan kerana keperibadiannya  negatif ketika hidup kita  memalukannya. \rBertindak kejam dengan melakukan tindakan mengaibkan  jenazah bukan saja tidak berperikemanusiaan, tetapi juga melakarkan ciri peribadi  pendendam dan sombong.\r\n\n\n\n\rKita harus insaf akan tiba  giliran kita. Jika kita  prihatin terhadap ketibaan maut, sudah pasti tidak tergamak berbuat kasar dan memalukan  waris  si mati.\rIslam amat menekankan peribadi  umatnya. Akhlak dalam Islam juga  luas, akhlak terhadap sesama manusia, akhlak terhadap haiwan, berakhlak baik terhadap alam, malah terangkum juga berakhlak murni terhadap orang yang mati. \rJenazah seharusnya dimandikan mengikut aturan  ditetapkan agama, dikafankan dengan baik kemudian diusung ke tanah perkuburan dengan segera untuk pengebumian. Inilah  dianjurkan Rasulullah SAW kepada umatnya dan seharusnya kita turuti. \rBahkan Islam bukan saja mengajar umatnya menghormati dan mengebumikan jenazah dengan tertib, malah ketika seseorang terlantar sakit kita dianjurkan  menziarahinya. Begitulah indahnya Islam.\rRasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa  mendatangi saudaranya (yang sedang sakit) untuk menjenguknya, maka dia seperti berjalan di taman syurga sampai dia duduk. Jika ia duduk maka dia akan diliputi rahmat. Apabila seseorang menjenguknya pada pagi hari, maka 70,000 malaikat  berselawat kepadanya sehingga petang. Apabila dia menjenguknya pada petang hari, maka 70,000 malaikat  berselawat kepadanya sehingga pagi.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) \rSabda Rasulullah SAW lagi: “Ada lima hak seorang Islam ke atas orang Islam  lain. Menjawab salam, menziarahinya ketika sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya dan mendoakannya apabila dia bersin.” (Hadis Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud)\rJelas jalur bersosial dalam Islam begitu harmoni dan indah  dengan menyenaraikan tata tertib sungguh murni. \rRasulullah SAW bersabda  bermaksud: “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: Wahai manusia, aku sakit tetapi kamu tidak menziarahi-Ku. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak menziarahi-Mu, sedangkan Engkau Tuhan sekalian alam? Allah berfirman: Tidakkah kamu ketahui bahawa hambaku si polan itu sakit tetapi kamu tidak menziarahinya? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu menziarahinya, maka kamu akan mendapati Aku di sisinya.” (Hadis riwayat Muslim) \rKerukunan hubungan sosial itu dikukuhkan dalam persoalan pengurusan jenazah sekalipun. Jangan aibkan jenazahnya meskipun dia sangat kita benci, usah kita malukan keluarganya walaupun dia pernah bersalah kepada kita.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2011 09:41 AM | Show all posts
aku mmg tak setuju bila diorg ambik2 gambar Muammar Gadaffi mcm tu...giler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035930 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list