CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

SKBSB sahut cabaran Dutch Lady

[Copy link]
Post time 31-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SEKUMPULAN 200 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya (SKBSB), Rawang, Selangor yang menyertai ‘Cabaran Sekolahku Generasi Membina’ Dutch Lady boleh menarik nafas lega apabila binaan mereka berjaya disiapkan dengan sempurna.\rKetika ditemui di sekolah itu baru-baru ini, riak gembira sudah kelihatan di wajah peserta apabila penganjur memaklumkan SKBSB tersenarai dalam 50 sekolah terawal yang menghantar sekurang-kurangnya tiga penyertaan serta layak menerima wang tunai RM500 yang akan diserahkan kelak.\r\n\n\n\n\r   Dengan menghantar 10 penyertaan dan mungkin bertambah menjelang hari-hari terakhir sebelum penyertaan ditutup 31 Oktober ini, barisan pentadbir dan pihak pengurusan SKBSB wajar diberi pujian atas usaha menggalakkan murid menyertai pertandingan bermanfaat itu.\r\r\n\n\n\n\n   Pertandingan anjuran pengeluar susu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries dengan kerjasama Berita Harian menerusi akhbar sisipan Didik.\rGuru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum SKBSB, Sabariah Salleh, pihak sekolah menggalakkan murid menyertai pertandingan seumpama ini kerana ia menggalakkan budaya inovasi dan meningkatkan kreativiti.\r“Pertandingan yang menekankan elemen kreativiti dan inovasi perlu diperbanyakkan serta dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi supaya budaya itu berterusan sehingga mereka dewasa kelak. Pihak sekolah juga perlu menyokong pertandingan seumpama ini,” katanya.\rSementara itu, seorang peserta, Muyassarah Zulkifli, dia dan rakan daripada Tahun Lima lima dari kelas berbeza sepakat menubuhkan kumpulan untuk menyertai cabaran ini seterusnya memulakan perbincangan sebaik diberi taklimat mengenai keperluan dan konsep pertandingan.\r\n\n\n\n\rKatanya, mereka sepakat memilih satu daripada tiga idea binaan kreatif yang diketengahkan dalam perbincangan pertama kerana yakin konsep rumah yang dipilih berkait rapat dengan masyarakat negara ini dan memiliki keunikan tersendiri.\rBagi Nik Syahmi Adli Abdul Halim yang membuat binaan bangunan berkonsepkan 1Malaysia bersama kumpulannya, berpendapat pertandingan itu memberinya peluang menonjolkan kreativiti selain memupuk budaya kerjasama dalam kalangan peserta.\r“Antara cabaran yang dihadapi ialah kesukaran mendapatkan kerjasama penuh segelintir ahli kumpulan pada peringkat awal. \r“Bagaimanapun, ia dapat diatasi selepas ahli terbabit dinasihati dan selepas itu binaan berjaya disiapkan dengan sempurna,” katanya yang bercita-cita menjadi arkitek apabila dewasa kelak.\rPertandingan yang dilancarkan September lalu memberi peluang murid sekolah rendah seluruh negara mengejar hadiah keseluruhan bernilai RM60,000.\rPemenang bakal menerima RM10,000 dan RM10,000 lagi untuk sekolah mereka, manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000.\rPemenang juga berpeluang melawat ladang tenusu menerusi Program Pembangunan Tenusu Dutch Lady bagi mendedahkan kaedah penghasilan susu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.221130 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list