View: 137|Reply: 0
|
Buku interaktif pertama berbahasa Melayu
[Copy link]
|
|
Hingga Akhir Hayat karya Aina Emir boleh dimuat turun dengan peranti elektronik\rBUKU interaktif pertama berbahasa Melayu di Malaysia berjudul Hingga Akhir Hayat karya Aina Emir kini sudah boleh dimuat turun oleh pembaca dengan terlaksananya usaha Karna-Dya Solution Sdn Bhd (KarnaDya).\r\n\n\n\n\rPengarah Urusan KarnaDya, Faiz Al Shahab berkata, beberapa judul buku interaktif berbahasa Melayu dan Inggeris lain akan menyusul selepas ini bagi pembaca yang berminat untuk merasai pengalaman membaca buku interaktif.\r\r\n\n\n\n\n“Kami merancang untuk menerbitkan beberapa judul buku interaktif kerana sedar ada permintaan daripada pembaca yang gemar membaca buku dalam bentuk ini dan ditambah pula semakin ramai pembaca pengguna peranti elektronik kini,” katanya.\rMengulas mengenai buku berkenaan, Faiz berkata, ia adalah buku panduan setebal 53 muka surat bagi pasangan yang sedang ingin mendirikan rumah tangga dan disertakan dengan audio video bertujuan memberi penerangan yang lebih berkesan.\r“Hingga Akhir Hayat oleh Aina Emir yang boleh dimuat turun sekarang adalah jilid pertama daripada tiga jilid. Jilid seterusnya akan dapat dimuat turun dalam masa terdekat ini,” katanya pada pertemuan dengan Sastera, baru-baru ini.\rDalam dua jilid berikutnya, pengarang akan menghuraikan kehidupan selepas berkahwin sebagai kesinambungan jilid pertama dan ada tiga video dengan satu audio disertakan dalam buku berkenaan yang boleh dimuat turun dengan saiz 500 megabit.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, bagi mendapatkan buku interaktif berkenaan, pembaca perlu memiliki peranti iPad dan memuat turun perisian buku berkenaan menerusi Apple Apps Store pada harga USD4.99 (RM15). \r“Setakat ini buku ini sudah dimuat turun sebanyak lebih kurang 500 kali daripada pembaca yang berada di seluruh dunia termasuk dari China dan Chile. Ini suatu perkembangan yang menarik kerana perkara ini adalah agak mustahil sebelum ini,” katanya.\rFaiz berkata, buku interaktif amat sesuai digunakan sebagai cara penerbitan buku panduan dan pendidikan kerana fungsinya yang pelbagai dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman pembaca.\r“Dengan buku interaktif, pengarang boleh menyertakan gambar, audio dan video bersama-sama teks bagi menarik perhatian pembaca. Fungsi berkenaan juga memudahkan pembaca memahami kandungan dengan mudah. Buku elektronik statik hanya membenarkan pembaca bermain dengan saiz teks,” ujarnya.\rBeliau bagaimanapun menjelaskan, penggunaan penyampaian secara interaktif yang diperkenalkan syarikatnya kurang sesuai digunakan untuk novel kerana ia akan mengganggu imaginasi pembaca. \r“Biasanya apabila pembaca membaca novel, mereka akan menggunakan imaginasi sendiri untuk membayangkan sesuatu perkara atau keadaan yang dikisahkan pengarang. Buku interaktif yang menyertakan video dan audio bersama-sama teks akan mengganggu imaginasi pembaca sekali gus mengurangkan kepuasan membaca sesebuah novel,” katanya.\rFaiz berkata, KarnaDya memilih untuk menerbitkan buku dalam bentuk elektronik kerana sedar ia ada pasaran yang besar dan semakin meluas pada masa depan, tanpa menafikan ia adanya had penggunaan dan kekangan berbanding buku konvensional.\r“Buku dalam bentuk elektronik mempunyai kekangan seperti saiznya dan perlu menggunakan bateri ketika beroperasi. Dalam masa sama, ada sesetengah buku yang lebih baik jika dihasilkan dalam bentuk konvensional seperti buku meja kopi,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|