CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Generasi muda penyambung kekuatan, keutuhan ummah

[Copy link]
Post time 1-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda perlu jadikan Rasulullah idola, ikutan\rANAK muda adalah generasi pelapis kepada sesuatu bangsa kerana masa depan bangsa itu bergantung kepada mereka. Jika pemudanya baik maka baiklah bangsa, sebaliknya jika mereka rosak maka rosaklah bangsa itu.\r\n\n\n\n\r  Firman Allah  bermaksud: “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan hidayah untuk mereka.” (Surah Al-Kahfi, ayat 13) \r\r\n\n\n\n\n  Allah mengakui dan mengiktiraf sekumpulan pemuda yang beriman kepada-Nya iaitu tujuh pemuda yang beriman (ashabul kahfi), mereka beribadah dan berjihad menyeru manusia beriman kepada Allah, sehingga melarikan diri dalam gua untuk menyelamatkan aqidah mereka.\rPada zaman ashabul kahfi, ada seorang raja yang zalim  memerintahkan rakyatnya menyembah berhala dan mensyirikkan Allah. Disebabkan keimanan serta keyakinan, sekumpulan pemuda ini menjalankan aktiviti dakwah mengajak kaum mereka menyembah Allah.\rJika dibandingkan kesungguhan ashabul kahfi ini menjalankan kegiatan dakwah biarpun berdepan pelbagai rintangan, sebahagian besar pemuda kita hari ini  kurang memahami agama yang dianuti kerana kurangnya didikan dalam diri menyebabkan berlakunya hubungan haram antara lelaki dan perempuan, pembuangan bayi, tidak hormati ibu bapa, mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.\rSedangkan ramai sahabat Nabi Muhamad SAW yang boleh dijadikan contoh dan idola oleh pemuda kita seperti Usamah bin Zaid, Saidina Ali Abu Talib, dari segi keimanan, keilmuan, keterampilan dan keberanian mereka.\r\n\n\n\n\rMalah, tokoh ini sanggup mengorbankan nyawa mempertahankan Rasulullah SAW di zaman muda mereka.\rApabila kita mempunyai ramai pemuda contoh daripada kalangan sahabat dan tabiin, alangkah malangnya pemuda kita hari kerana tidak menjadikan mereka sebagai idola. Sebaliknya generasi muda kita lebih menyanjung, suka meniru dan menjadikan artis barat yang bukan beragama Islam sebagai idola dan ikutan biarpun kadang-kala kelakuan dan akhlak bintang pujaan mereka bertentangan dengan ajaran Islam.\rFirman Allah SWT  bermaksud: “Dan ada di antara manusia  memilih  membelanjakan hartanya kepada perkara hiburan yang melalaikan dirinya dan orang lain, dengan tidak berdasarkan pengetahuan, dan ada pula menjadikan agama Allah itu sebagai ejekan, merekalah orang yang akan beroleh azab pedih.” (Surah Lukman, ayat 6) \rKesimpulannya, pemuda yang beriman kepada Allah sanggup mempertahankan akidah dalam apa juga keadaan sekali pun kerana mereka sedar keutuhan sesuatu bangsa bergantung pada kekuatan generasi muda.\rPemuda kita perlu jadikan generasi sahabat Nabi SAW sebagai idola dan ikutan dalam semua aspek dan  cara hidup.\rFirman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang orang beriman itu ialah apabila di sebut nama Allah, jadi gementar hati mereka dan apabila dibaca pada mereka ayat Allah menjadikan mereka bertambah percaya (iman), dan kepada Tuhan mereka jugalah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, ayat 2)\rPenulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038393 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list