CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Mewah Bahasa: Perempuan suka ninabobok

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Eda: Hah! Satu kes lagi ni ….\rPah: Kes? Kes apa?\r\n\n\n\n\rEda: Kes yang libatkan perempuanlah, perempuan kita jadi mangsa lagi ….\r\r\n\n\n\n\nPah: Rogol?\rEda: Isy!! Kau ni, tak ada cerita lain ke? Bukan rogollah!!\rPah: Habis tu? Kes apa pula lagi yang libatkan perempuan?? Ooo … kes buang bayi lagi ke? Isy! Manusia sekarang ni dah lebih teruk daripada binatang, binatang pun tau sayangkan anak!! Kat mana tu??\rEda:  Bukan! Bukan kes buang anak … \r\n\n\n\n\rPah: Eh!! Kes apa pula lagi yang libatkan perempuan? \rEda: Ni ha … dalam surat khabar ni kata, seorang wanita warga Malaysia ditahan di Jepun.\rPah: Kena tahan di Jepun? Kes apa pula ni? Jadi pekerja tanpa izin ke?!\rEda: Tak! Apa lagi kes sekarang ni, keldai dadah le ….\rPah: Hah! Ni mesti kena tipu dek orang Afrika lagi ni!!\rEda: Tau tak pe … itulah masalahnya sekarang ni. Orang kita ni senang sangat ditipu dek orang Afrika.  \rPah: Kena ninabobok le tu ….\rEda: Ninabobok??\rPah: A’ aa .... Perempuan Melayu itulah kelemahannya. Kena ninabobok je dek Mat Afrika, habis luruh jiwa raga, serah segalanya ….\rEda: Apa tu? Sihir ke?? Tapi tak pernah dengar pula, setahu aku sihir orang Afrika ni namanya voodoo. Orang kata voodoo ni lebih kuat daripada sihir Siam!! Itulah agaknya yang menyebabkan ramai orang kita terkena dengan orang Afrika ni.\rPah: Bukan! Bukan sihirlah ….\rEda: Bukan sihir? Habis tu apa? Senang sangat orang kena tipu ….\rPah: Ninabobok laa … apalagi!!\rEda: Lagi-lagi ninabobok … apa benda ni?? Aku kata sihir, kau kata bukan. Apa sebenarnya? Aku tak faham ….\rPah: Laa …. kau tak tau ke? Aku ingat kau tau ninabobok ni apa ….\rEda: Tak!! Tak pernah dengar pun. Bahasa apa ni??\rPah: Bahasa Melayu laa … bahasa apa pulak lagi!\rEda: Eh! Apa maknanya? \rPah: Ninabobok ni nyanyi menidurkan anak, dodoi anak supaya tidur.\rEda: Ooo ... dodoi anak. Tapi apa kaitannya dengan perempuan kita kena tipu dek Mat Afrika?? Tak faham aku ....\rPah: Itu makna betulnya, ada juga kiasan yang guna perkataan ni.\rEda: Kiasan? \rPah: Ha’ah … maknanya kata-kata manis, pujukan dan janji-janji manis! Perempuan kita ni selalu terpesona dan tergoda dengan kata-kata manis, pujukan dan janji-janji Mat Afrika ni. Dibawa melancong ke luar negara ….\rEda: Ha laa … tak sedar rupanya itu perangkap je. Jadi keldai dadah!! Hairan juga aku, kenapa perempuan kita suka sangat kat Mat Afrika ni?! Nak kata hensem … tak hensem langsung!!\rPah: Salah orang lelaki kita juga ….\rEda: Hah??\rPah: Yalah … orang lelaki kita tak gentleman, tak pandai pikat perempuan!! Orang Afrika ni pandai jaga hati perempuan, gentleman, tak lokek belanja.  Itu sebabnya ramai yang suka!!  \rEda: Eh!! Pah, lain macam je bunyinya kau ni?! Kau pun ada boyfriend Afrika ke??\rPah: Alaa …. Kawan biasa je!\rEda: Hisy!! Hati-hati Pah, nanti kau pulak jadi keldai dadah!! Simpang malaikat empat puluh empat ….\rGlosari\rNinabobok   -    Nyanyian untuk menidurkan anak, dodoi\r-     Kata-kata manis, muluk untuk tujuan menipu\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan  juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.512252 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list