CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

Genre jenaka dipinggirkan?

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Genre jenaka dipinggirkan?Oleh Adli [email protected]/11/02\n\n\n\n\n\n\n\nKESUSASTERAAN tradisional Melayu banyak menghasilkan karya bercorak jenaka seperti pantun jenaka, teka-teki, seloka, dan kisah jenaka yang mempunyai serampang dua mata, iaitu menghiburkan pembaca dan pada masa sama memberi pengajaran.\rTentu karya sastera tradisional Melayu berbentuk jenaka paling diingati ramai adalah kisah Pak Pandir yang menimbulkan kelucuan dan menggeletek pendengar akibat sikap yang bodoh-bodoh alang sehingga melakukan tindakan melulu.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun mutakhir ini, karya jenaka seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Lebai Malang dan Mat Jenin serta kisah haiwan seperti Sang Kancil semakin kurang untuk didengar mahupun dibaca.\r\r\n\n\n\n\nTidak hairanlah, ada pihak yang berpandangan penulis sekarang kurang berminat menghasilkan karya berbentuk jenaka kerana sukar menguasai gaya penulisan yang boleh menggelikan hati, sebaliknya mereka lebih gemar dan cenderung memilih genre remaja ataupun mengangkat tema percintaan.\rPenerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2009, Rahman Shaari yang turut menghasilkan puisi dan novel humor menganggap karya genre jenaka tidak lagi mendapat tempat sebagai karya sastera, sebaliknya lebih sekadar bahan untuk bersembang pada masa santai.\r“Jenaka pada zaman sekarang sekadar diceritakan ketika bersantai seperti di kedai kopi kerana tidak ramai pengarang yang mahu menjadikannya sebagai karya sastera.\r“Mungkin juga ada penulis yang menganggap karya jenaka tidak lebih daripada karya picisan yang tidak menepati tahap piawaian karya sastera,” katanya yang menghasilkan kumpulan kisah jenaka, Kisah Kayu dan Pisang Pandai.\r\n\n\n\n\rRahman menolak tanggapan karya jenaka sukar diterima oleh pembaca berbanding genre lain, selain menyarankan pengarang untuk tidak mengabaikan elemen sastera supaya tidak tergolong dalam karya picisan.\r“Mungkin juga kekurangannya kini disebabkan masyarakat penulis yang lebih banyak memberi tumpuan terhadap kehidupan seharian sehingga menyebabkan agak kurang karya dalam genre ini dihasilkan,” katanya.\rBagaimanapun lain pula dengan pandangan penulis muda, Saharil Hasrin Sanin yang boleh dianggap mewakili generasi muda apabila menganggap unsur jenaka banyak diselitkan dalam karya pada masa kini.\rMeskipun Saharil mengakui karya jenaka sepenuhnya tidak banyak dihasilkan, novel genre remaja dan kanak-kanak masih banyak menyelitkan unsur jenaka di dalamnya untuk menarik perhatian pembaca.\r“Saya tidak pernah menganggap kita kegersangan karya jenaka, sebaliknya ia sentiasa dihasilkan oleh penulis baru dengan menyelitkan elemen itu dalam genre yang lain.\r”Malah jika diperhatikan dengan teliti, ramai juga penulis besar seperti Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dan Allahyarham Azizi Abdullah yang menyelitkan unsur jenaka dalam karya mereka,” katanya.\rPandangan Saharil Hasrin itu diakui penulis sajak jenaka, Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub atau lebih dikenali sebagai Nimoiz TY yang menganggap penulis muda tidak menulis karya jenaka secara langsung kerana risau tidak dapat diterima pembaca.\r“Daripada sudut penerbit pula, setiap syarikat sudah menetap jenis buku yang ingin mereka terbitkan, sekali gus tidak bersedia untuk mengambil risiko menerbitkan genre yang jarang diterbitkan.\r“Unsur jenaka itu masih ada cuma tidak ketara mungkin kerana penulis risau ia merendahkan standard karya sastera jika dibuat secara langsung,” katanya yang menghasilkan kumpulan sajak jenaka Tukang Auta.\rBagaimanapun, Nimoiz TY yakin karya jenaka mempunyai potensi untuk meraih keuntungan sekiranya mempunyai nilai komersil dan dihasilkan dengan gaya yang boleh menggeletek pembaca.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.033384 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list