CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

UNIMAP tingkat R&D, penerbitan akademik

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UNIVERSITI awam akan terus menggandakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penerbitan dalam jurnal terkemuka walaupun tidak tersenarai pada kedudukan kurang baik dalam mana-mana penarafan antarabangsa.\rUniversiti Malaysia Perlis (UNIMAP) sebagai contoh,  akan menggiatkan R&D serta penerbitan akademik dengan matlamat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta muncul sebagai universiti ulung di negara ini.\r\n\n\n\n\r  Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin, berkata jika semua universiti awam termasuk universiti yang ditubuhkan dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, menggiatkan R&D serta penulisan akademik, tidak mustahil Malaysia akan muncul sebagai hab penyelidikan dan penerbitan saintifik dunia.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi mahu membina reputasi negara sebagai hab pengajian tinggi yang unggul di rantau ini dan UNIMAP menyahut cabaran itu dengan komitmen terbaik.\rKatanya,  analisis reputasi penerbitan berimpak melalui SCImago Journal & Country Rank (SJR) menunjukkan kemunculan China sebagai kuasa baru penerbitan saintifik dunia.\r“Negara berkenaan mencatat bilangan penerbitan saintifik mencecah lebih 1.8 juta penerbitan bagi tempoh 1996 hingga 2010.  \r“Pada tempoh sama juga, Malaysia disenaraikan dalam kalangan 10 negara Asia dengan bilangan terbitan mencecah 56,156,” katanya dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rKamarudin berkata, Malaysia boleh mencapai status seperti China, jika semua universiti awam beriltizam meningkatkan R&D serta penerbitan akademik.\rKedudukan universiti awam dalam penarafan antarabangsa kata beliau, tidak menggambarkan kualiti R&D serta penerbitan ilmiah atau standard pengajaran dan pembelajaran.\rKatanya, beberapa agensi penarafan menggunakan kriteria berbeza untuk audit.  Keadaan itu menyebabkan ada universiti tersenarai pada kedudukan baik pada satu penarafan tetapi tidak tersenarai langsung dalam penarafan lain.\rBeliau memberi contoh kedudukan Universiti Malaya pada tangga 167 dalam penarafan di QS World University Ranking 2011/2012 tetapi tidak tersenarai langsung pada THES 400 Top World University 2011/12.\rKatanya, ini jelas menunjukkan alat pengukuran kualiti institusi yang digunakan ini mempunyai nilai kebolehharapan (reliability) yang amat rendah.   \r“Bagaimana mungkin universiti sama mempunyai aras kedudukan berbeza bagi tempoh yang sama? Perbezaan ini tidak lain disebabkan alat pengukuran berbeza.\r“Alat pengukuran pula menggunakan kriteria tertentu dan bagi kepentingan tertentu. Adakah kriteria yang digunakan itu mengambil-kira situasi negara kita dan dasar pembangunan kerajaan?” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033074 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list