CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Raja Aisyah pejuang emansipasi wanita

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ketegasannya terpancar Hikayat Shamsul AnuarSEKIRANYA sastera Barat berbangga dengan kehebatan pengarang feminis mereka seperti Jane Austin dan Virginia Woolf, kesusasteraan Melayu tidak perlu malu untuk mengangkat pengarang wanita sehebat Raja Aisyah Sulaiman.\n\n\n\nIni kerana Raja Aisyah berkarya dalam dunia feudalisme yang masih kuat, meskipun kuasa Raja Melayu semakin dilemahkan oleh imperialis Barat.\n\n\n\n\nDalam persekitaran sedemikian, pengarang kelahiran Pulau Penyengat, Riau, pada 1870 itu, masih berupaya untuk mengungkapkan idea emansipasi wanita berdasarkan pandangan hidupnya.Pandangan itu menjadi tunjang pada Wacana ATMA di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini, sekali gus menyorot kepengarangan dan karyanya, Hikayat Shamsul Anuar.Felo Penyelidik Utama ATMA UKM, Prof Dr Ding Choo Ming, berkata Raja Aisyah melihat keruntuhan sastera tajaan istana selepas institusi itu kehilangan kuasa politik, sekali gus menyaksikan kelahiran sastera yang menekankan pengucapan diri dalam bentuk autobiografi, memoir dan diari.“Ini menjadikan Raja Aisyah pengarang terakhir yang muncul daripada Kesultanan Riau, manakala Hikayat Shamsul Anuar boleh dianggap sebagai karya terbesar daripada kesultanan itu. Walaupun terikat dengan sastera tradisional, beliau mengucapkan diri dalam gaya cereka,” katanya ketika menyorot Dua Tradisi Satu Akar: Hubungan antara Sastera Lisan dan Manuskrip dalam Hikayat Shamsul Anuar.\n\n\n\nPengucapan diri Raja Aisyah menggunakan gaya cereka dilihat bertujuan mengelakkan konfrontasi dengan kaum lelaki.“Bagi Raja Aisyah, meluahkan pandangan dengan menulis menjadi satu-satunya senjata protes sosial yang paling baik bagi wanita. Pendekatan serupa turut dilakukan tokoh seperti Jane Austin, Virginia Woolf dan Kartini.“Beliau sebenarnya mengangkat kisah hidupnya untuk hidup bebas dengan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki,” katanya pada wacana yang dipengerusikan Pengarah ATMA, Prof Dr Abdul Latif Samian.Bagi Prof Ding, Raja Aisyah sebenarnya mengkritik ketidakadilan dan penekanan dialami wanita dalam masyarakatnya tanpa menimbulkan tentangan daripada persekitarannya.“Disebabkan beliau dipinggit dan dilarang keluar dengan bebas, Raja Aisyah mengkhayalkan kebebasannya dengan mengangkat cerita kemerdekaan dan watak lelaki yang berani serta tidak mati. Beliau sedar sistem feudal yang dikuasai lelaki tidak mungkin memberi ruang kepada kebebasan wanita secara individu,” katanya.Tidak hairanlah, dedah Prof Ding, cara terbaik untuk mengangkat kisah dirinya dengan memasukkan cerita itu secara kreatif dan imaginatif di celah sastera yang konvensional.“Ini menyebabkan cerita mengenai diri dan keinginannya terumbang-ambing dan terapung-apung  di celah cerita orang lain. Ruang  yang dicari-cari itu digunakan dengan bijak sehingga menyebabkan ceritanya dapat diterima khalayak, selain tidak menyinggung pembaca,” katanya.Selain itu, gaya popular turut digunakan Raja Aisyah untuk menarik perhatian pendengar kerana manuskrip Melayu sebenarnya tidak dibaca sendirian, sebaliknya dibaca di tengah-tengah khalayak penonton.“Malah Hikayat Shamsul Anuar juga boleh dianggap karya autobiografi cereka pertama yang diketahui karya pengarang wanita Melayu. Selain hikayat itu, beliau turut menghasilkan Hikayat Shariful Akhtar, Syair Khadamuddin dan Syair Seligi Tajam Bertimbal,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.033604 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list