CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Polemik seni Islam

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
POLEMIK istilah seni Islam tidak pernah berhenti sejak dulu. Definisi yang pelbagai menyebabkan setiap pengkarya memilih jalan sendiri dalam menterjemahkan seni Islam.Secara asasnya definisi seni Islam menggariskan pengkarya mesti beragama dan berjiwa Islam. Jika tidak, ia tidak menepati asas definisi seni Islam. Ini berdasarkan fakta seorang seniman akan menarik keluar pengalaman kehidupannya dalam berkarya. Justeru, tanpa nilai Islam, karya seni gagal memancarkan roh keIslamannya.\n\n\n\nMungkin dalam cabang seni lain, misalnya seni bina definisi itu jelas, namun dalam bidang seni lukis, sempadan seni Islam masih kabur. Apatah lagi ada pandangan menyifatkan jika mengkaji figura manusia dalam buku perubatan boleh, mengapa haram menghasilkan figura untuk seni lukis.\n\n\n\n\nSecara umum ada tiga pandangan mengenai penggunaan figura manusia atau haiwan dalam seni lukis. Pandangan pertama berpegang pada fahaman penghasilan karya menyerupai manusia atau haiwan dianggap cubaan menyaingi ciptaan tuhan, justeru ia perlu diharamkan. Pandangan kedua pula menyifatkan sebagaimana hebat pun ciptaan manusia, ia tidak akan mampu menyaingi kesempurnaan ciptaan tuhan, justeru ia dibolehkan sementara ada yang melihat penggunaan figura manusia atau haiwan sebagai proses biasa dan tidak perlu dihalang.Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman berkata, definisi seni Islam terbuka kepada perdebatan dan memiliki banyak pandangan. “Namun, kalau dalam konteks lukisan, apa juga rekaan atau bentuk yang menyerupai haiwan atau manusia tidak bertepatan dengan maksud seni Islam. Kebanyakan karya seni lukis yang mengangkat figura atau haiwan dengan sendirinya menyebabkan ia tidak terangkum dalam definisi seni Islam,” katanya.\n\n\n\nProf Nik Hassan bagaimanapun tidak menafikan pendapatnya bukan mutlak dan mungkin disanggah sarjana lain, apatah lagi definisi seni Islam itu sendiri memiliki rentetan polemik yang panjang.“Untuk saya, sebagai pengkarya Islam sedaya upaya saya akan elakkan penggunaan figura manusia dan haiwan. Saya lebih menggemari dan merasakan cubism atau avant garde bertepatan dengan seni Islam.Misalnya beberapa lukisan Pablo Picasso dalam era Cubism, namun saya mungkin silap,” katanya.Bagaimanapun, tidak dinafikan zaman awal ketamadunan menyaksikan masih banyak karya dunia Islam yang menggunakan objek haiwan dan figura manusia dalam rekaan.Menjelaskan perkara ini Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia, Ros Mahwati Ahmad Zakaria berkata, defini seni Islam jelas, namun jika dilihat dalam konteks falsafah barat, definisi itu akan bercanggah.“Ini sejajar dengan falsafah barat yang tidak meletakkan pemisahan antara agama dengan seni kerana konsep sekularisme yang dianuti. Secara asasnya mudah, Islam tidak membenarkan pemujaan. “Jika penggunaan tekstil, seramik atau apa saja medium dengan corak haiwan atau manusia untuk kegunaan harian ia dibenarkan, tetapi kalau untuk pemujaan, misalnya kalau lukisan gambar orang dan kita letak di dinding itu satu konsep pemujaan dan tidak dibenarkan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042177 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list