CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Galeri: Secawan Kopi Sebuah Puisi dan Selengkar Sketsa

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Karya enam pelukis dan penyair dipamerkan pada lukisan gabungan Anak AlamATMOSFERA berbeza begitu terserlah ketika menjejakkan kaki ke lantai Art Case Galleries,  Ampang baru-baru ini.  Bersesuaian dengan tema pameran galeri khas kali ini, Secawan Kopi, Sebuah Puisi dan Selengkar Sketsa, pemilik galeri, Raja Azhar Idris bijak menyusun atur meja kopitiam untuk pengunjung bersantai sambil menikmati lukisa dan menghayati gugusan puisi yang dipamerkan.\n\n\n\nPameran ilham Raja Azhar Idris kali ini menemukan semula ahli Kumpulan Anak Alam yang menjayakan pameran kali ini iaitu Raja Azhar sendiri, Prof Dr Zakaria Ali, Dr Siti Zainon Ismail, Dr Ibrahim Ghaffar, Abdul Ghaffar Ibrahim atau Agi dan Mustapa Ibrahim.\n\n\n\n\nKumpulan Anak Alam yang meniti zaman kegemilangan pada era 70-an ekoran bakat seni serba boleh anggotanya dalam menghidangkan keindahan lukisan, kehalusan rima puisinya, malahan turut berbakat dalam lakonan dan teater.Istimewanya, kebanyakan karya unik yang dipamerkan pada kali ini ialah himpunan lebih 20 lukisan dan arca yang belum pernah dipamerkan sebelum ini dan ada di antaranya sudah mencecah usia lebih daripada 30 tahun. Pameran kali ini tampil kelainan ketara apabila setiap lukisan turut disertai puisi khas yang bercerita mengenai metafora dan ekspresi pelukis mengenai karya yang mereka hasilkan bagi membolehkan perkongsian tafsiran makna di sebalik karya dengan khalayak berlangsung secara lebih mendalam.Antaranya, Agi dalam lukisannya, Dun Dun Cak Cak yang dihasilkan pada 1974 begitu terserlah bukan saja kerana mainan warna yang pelbagai, bahkan cara beliau memasukkan perkataan Dun Dun Cak Cak dari kanan ke kiri membawa simbolik pegangan hidup umat Islam yang memulai setiap perbuatan daripada kanan.“Lukisan yang berlatarkan kehidupan manusia mengangkat manifestasi masa, emosi dan ekspresi diri ini mendapat inspirasi daripada tarian piring yang penuh lenggang-lenggok menarik apabila ia ditarikan.“Menerusi lukisan ini juga, saya mendapat idea untuk menghasilkan puisi dengan judul sama, mengulangi perkataan Dun Dun Cak Cak itu berkali-kali sehingga menghasilkan irama yang mengasyikkan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pameran yang disempurnakan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar yang juga peneraju Kumpulan Anak Alam.Penyair yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA),  Dr Ibrahim Ghafar, tampil dengan lukisan berkonsep abstrak, Gelombang yang diwakili ombak besar diadun kombinasi warna biru, merah dan kuning yang tampak sekata.“Puisi Seganas: Gelombang ke Tiga Belas yang menjadi kesinambungan lukisan ini membawa mesej tersirat, khusus kepada masyarakat agar berubah menjadi lebih progresif bagi mengelakkan penindasan yang digambarkan seperti ombak dahsyat menimpa kita semua,” katanya yang turut mendeklamasikan puisi karyanya itu pada majlis berkenaan.Penyair dan pelukis yang dikenali sebagai Pereka Pendiam, Mustapa Ibrahim pula mencipta sesuatu yang berbeza menerusi lukisannya, Awan Larat yang dihasilkan pada 1993, menggunakan cat minyak bagi menampilkan kelebihannya.Menggunakan motif alam semula jadi, lukisannya ibarat gabungan visual tikar mengkuang yang diselaputi motif dedaun dan bunga-bungaan dengan reka corak tidak menentu sehingga terhasil hamparan langit yang terbentang menerangi kehidupan dan alam sejagat.Pastinya, lukisan hasil kerja tangan pelukis dan penyair hebat lain seperti Raja Azhar yang tampil dengan arca, Aku dan Dia, Siti Zainon Ismail berpuisi dalam Surat-Surat Puisi 3 dan lukisan potret Prof Zakaria, turut tampil penuh makna pada pameran ini.INFOSecawan Kopi, Sebuah puisi, Selengkar SketsaLokasi: Art Case Galleries, Great Eastern Mall, AmpangTempoh: Sehingga 13 NovemberTelefon: 03-42574007 Info: www.artcase.com.my

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.032128 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list