|
Dunia Buku: Akukah Snow White Itu?Oleh Latifah [email protected]/11/04\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekuel Akukah Cinderella Itu?\rAKUKAH Snow White Itu? karya Lily Haslina Nasir mengangkat kisah dongeng fantasi Inggeris, Snow White yang cukup digemari dan tidak pernah lapuk ditelan zaman, tetapi diberi tiga watak tambahan.\r\n\n\n\n\rKarya Lily ini menjadi sekuel novelnya sebelum ini, Akukah Cinderella Itu? yang memaparkan fasa kehidupan baru Lisa, gadis manis berperwatakan sederhana, berasal dari keluarga miskin menempuhi pelbagai rintangan ketika menuntut di institusi pengajian tinggi. \r\r\n\n\n\n\nPengenalan cerita begitu menarik dan kreatif apabila penulis menggunakan blog yang kini menjadi pengantara remaja dalam meluahkan isi hati dan berfungsi seperti diari bagi merakam kenangan hidup, dilakukan Lisa selaku watak dalam novel ini.\rKemunculan gadis kaya, sepupu Farid, Keisya yang cantik, tetapi bersifat keanak-anakan, manja dan cemburu terhadap Lisa yang dirasakan menjadi saingan utama dalam usahanya merebut cinta pemuda itu, membentuk konflik di antara mereka bertiga.\rKehadiran tiga beradik kembar seiras iaitu Badli, Bendi dan Badrul yang mempunyai ciri fizikal unik dengan tubuh kecil dan pendek, sering saja menceriakan suasana dengan keletah, selain membantu Lisa ketika berada dalam kesusahan, terutama apabila dibuli oleh Farid mahupun Keisya.\rPenggemar setia novelis berpengalaman ini pasti ternanti-nantikan kehadiran sekuel yang lebih menarik terutama pada pengembangan plot cerita membabitkan dua watak utamanya, Lisa dan jejaka kacak yang kaya, tetapi bongkak, Farid.\r\n\n\n\n\rIni memandangkan Lily berhasil memikat pembaca berhati remaja dalam karyanya sebelum sekuel ini seperti dalam Aku, Dia & Gaun Pengantin, Aku Bukan Superstar dan Aku Ada Kamu, melalui karya ringan dengan laras bahasa santai, sambil diselitkan unsur jenaka spontan.\rBagaimanapun, penulis agak kecewa kerana jalan cerita Akukah Snow White Itu? tidak mencabar sehinggakan pembaca tidak perlu berteka-teki memikirkan kesudahan kisah Snow White versi Melayu kerana garapannya longgar dan mendatar.\rLily bukan saja menampilkan jalan cerita yang stereotaip dan seakan-akan sama dengan sekuel terdahulu, selain seakan-akan sama seperti Lagenda Budak Setan yang begitu digilai remaja sehingga menjadi fenomena suatu ketika dulu. \rTanpa menafikan Lily berusaha menjadikan perwatakan Lisa lebih menarik dengan mengubahnya menjadi lebih agresif dan berani melawan, meskipun sering dipersendakan Keisya, sehingga kemarahan gadis kaya itu meluap-luap.\rPengarang sekuel ini juga berusaha menyulam petua dalam karyanya iaitu cara orang dewasa menambah ketinggian dan teknik berpakaian yang betul bagi gadis berbadan gempal serta kaedah mengenakan tudung bagi mereka yang berwajah bulat dan berpipi gebu.\rPembaca yang ingin mengetahui kesudahan kisah Lisa dan apakah yang bakal terjadi kepada Farid dan Keisya, perlu membaca naskhah ini dan boleh menilai sendiri sekuel ini, sama ada mencapai piawaian anda atau sebaliknya.\rINFO\rAkukah Snow White Itu?\rKarya: Lily Haslina Nasir\rPenerbit: PTS One Sdn Bhd\rHarga: RM16 Senaskhah\rTebal: 295 halaman\rBintang: ***\rSentuhan kreatif bekas wartawan\rLILY Haslina Nasir dilahirkan di Melaka pada 19 November 1971 adalah graduan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM). Pengarang berusia 40 tahun ini cergas menghasilkan novel remaja, kanak-kanak dan dewasa, di samping skrip dokumentari.\rSelain aktif menerbitkan novel di bawah PTS One Sdn Bhd, karyanya juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berita Publishing, Alaf 21 Sdn Bhd dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). \rpenggemar novelis yang juga pernah menerima lima anugerah kewartawanan peringkat nasional itu boleh dihubungi menerusi laman sesawang www.lilyhaslinanasir.blogspot.com atau di laman facebook, Lily Haslina Nasir.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|