CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Tempuh Gelora

[Copy link]
Post time 6-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kim Swee tidak bimbang provokasi penonton tuan rumah di Bung KarnoREPUTASI Stadium Gelora Bung Karno yang dikatakan mampu merobek semangat pemain lawan bukan masalah besar buat Ong Kim Swee kerana tujuh daripada 20 pemainnya pernah merasai gelora di stadium berkenaan ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.\n\n\n\nPengalaman Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli , K Gurusamy, Asrarudin Putra Omar, Izzaq Faris Ramlan dan Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi di stadium berkenaan tahun lalu menjadi sandaran skuad negara mengatasi sebarang provokasi penonton pada kempen Sukan SEA kali ini.\n\n\n\n\n\nSebaliknya jurulatih skuad Bawah 23 kebangsaan itu lebih bimbangkan permukaan padang yang mampu mempengaruhi rentak permainan pantas anak buahnya.“Pemain sudah biasa bermain di depan ribuan penyokong lawan, tambahan pula kita mempunyai beberapa pemain yang pernah beraksi di sini ketika menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu,” kata Kim Swee.“Jadi saya tidak rasa ia akan mendatangkan masalah walaupun dijangka, penyokong tuan rumah akan berada di stadium ketika kita menentang Singapura Isnin ini (esok) kerana perlawanan Indonesia dan Kemboja berlangsung selepas itu.“Apa yang lebih saya utamakan ialah permukaan padang baik kerana ia sangat membantu corak permainan pantas skuad negara.\n\n\n\n“Saya harapkan pemain kekal fokus daripada awal permainan dan tidak leka walau sesaat sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Walaupun mampu bangkit selepas ketinggalan, saya tidak mahu ia menjadi amalan kerana sukar mengejar apabila ketinggalan kepada pasukan kuat.”Dan menjelang perlawanan pertama bertemu Singapura jam 4 petang waktu tempatan esok, Kim Swee sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama tetapi dia akan menunggu hingga sesi latihan terakhir hari ini sebelum memutuskan senarai akhir.“Saya masih perlu melihat tahap kecergasan dan semangat pemain pada sesi latihan hari ini (semalam) dan esok (hari ini) sebelum membuat keputusan, tetapi bayangan kesebelasan utama sudah ada dalam fikiran,” kata Kim Swee.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.418097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list