CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

UPSI, UWA tinjau kerjasama pendidikan awal kanak-kanak

[Copy link]
Post time 7-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UNIVERSITY of Western Australia (UWA) mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini, bagi meninjau kerjasama akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.\rNaib Canselor UPSI, Prof Dr Zakaria Kasa yang mempengerusikan pertemuan delegasi UWA diwakili Prof Helen Wildly dan Prof Robert Faulkner turut bertukar pandangan dalam bidang pendidikan di universiti masing-masing.\r\n\n\n\n\r   Turut hadir ialah Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Prof Madya Dr Noor Shah Saad dan Pengarah Bahagian Perancangan Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Prof Dr Mohmad Yazam Sharif.\r\r\n\n\n\n\n  Penyelaras Unit Antarabangsa, Dr Teng Yan Fang Jane dan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC), Dr Mahani Razali, turut berkongsi kepakaran.\rHasil perbincangan itu, kedua-dua pihak bersetuju menawarkan program Ijazah Sarjana Pengajaran di UPSI.\rZakaria berkata, kunjungan bertujuan membolehkan UWA memperoleh maklumat lengkap mengenai kepakaran UPSI bagi menyediakan pedagogi, meningkatkan kemahiran guru dan melahirkan barisan pendidik mantap.\rFPPM UPSI kini kata beliau, menawarkan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah.\r\n\n\n\n\rProgram itu katanya, mendapat permintaan tinggi dalam kalangan generasi muda tempatan. Bagaimanapun, tempat yang terhad menyebabkan UPSI terpaksa mengehadkan pengambilan pelajar.\r“Kepekaan UPSI terhadap kepentingan bidang pendidikan awal kanak-kanak terbukti menerusi penubuhan NCDRC pada 21 Jun 2006 sebagai pusat rujukan kebangsaan.\r“NCDRC melaksanakan pelbagai penyelidikan berkaitan perkembangan dan pembangunan kanak-kanak, penyelarasan isu atau hal ehwal kanak-kanak negara ini dalam pelbagai aspek.\r“Pusat penyelidikan itu juga mengambil inisiatif mewujudkan pangkalan data kanak-kanak dengan kerjasama swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.  Ia turut mengetengahkan isu penjagaan kesihatan, kebajikan, pemakanan, perundangan, keselamatan dan pendidikan awal kanak-kanak.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056920 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list