Post Last Edit by perang_salib at 10-11-2011 12:07
Nak tanya poremer cite mana best untuk aku bagi tayangkan kepada student-student aku ???
Synopsis Laskar Pelangi
Sebuah adaptasi sinema dari novel fenomenal LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata.
Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat menegangkan bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.
Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak terlupakan.
5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus bisa sekolah. Di antara berbagai tantangan berat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.
Di tengah upaya untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kehilangan sosok yang mereka cintai. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cobaan demi cobaan?
Film ini dipenuhi kisah tentang tantangan kalangan pinggiran, dan kisah penuh haru tentang perjuangan hidup menggapai mimpi, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.
Sinopsis Tentang Bulan
Filem ini menceritakan tentang kehidupan kanak-kanak di kampung, kenakalan mereka dan tentang impian masing-masing apabila dewasa. Menggunakan teknik imbas kembali, kisah bermula pada tahun 2006 apabila seorang gadis tiba di lapangan terbang dan menaiki teksi untuk kembali ke kampung halamannya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Di dalam teksi itu si gadis terkenang kembali zaman kanak-kanaknya bersama lima orang sahabatnya iaitu Mawi, Gemuk, Ketot, Budi dan Ila. Kehadiran Ina menyebabkan Ila rasa cemburu dan dilupakan kawan-kawannya yang ‘jatuh hati’ dengan keayuan Ina sedangkan dia bersifat tomboy. Ila cuba berubah tetapi ditertawakan kawan-kawannya menyebabkan dia menyisihkan diri sehinggalah satu hari dia berpindah mengikut keluarganya ke tempat lain. Siapakah gadis di dalam teksi itu dan perkahwinan siapakah yang ingin dihadirinya? |