View: 106|Reply: 0
|
Skuad polo air lega Thailand tarik diri
[Copy link]
|
|
PENARIKAN diri saat akhir Thailand menjamin satu pingat buat skuad polo air wanita negara dalam acara yang dipertandingkan buat kali pertama dalam sejarah Sukan SEA itu.\rBiarpun skuad negara sepatutnya bergembira dengan perkhabaran itu, ketua jurulatih Fan Kow Jan berkata, dia agak kecewa dengan penarikan diri itu kerana sebelum ini mengharapkan skuad mudanya dapat menguji kemampuan.\r\n\n\n\n\r “Sebelum ke Palembang, kami tahu hanya empat negara – Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand – akan bertanding dan apabila tiba, baru kami tahu Thailand menarik diri dan ternyata mereka tiada pada sesi latihan hari ini (semalam). \r\r\n\n\n\n\n “Skuad muda yang dibentuk kali ini dipilih selepas Sukan Malaysia (SUKMA) Jun lalu dan saya yakin skuad muda ini berpotensi untuk mendapat keputusan baik dengan sasaran memenangi sekurang-kurangnya perlawanan menentang Indonesia,” katanya semasa sesi latihan di Kolam Lumban Tirta.\rIndonesia bagaimanapun mempunyai kelebihan di atas kertas apabila pernah menewaskan skuad negara 16-9 ketika Piala Betawi di Jakarta, Julai lalu.\r“Selepas pulang daripada kejohanan itu, skuad negara menjalani latihan intensif dan kami berharap mampu membalas dendam kali ini,” katanya sambil menambah Singapura yang mempunyai rekod bersih emas dalam kategori lelaki dijangka terus berkuasa pada temasya kali ini dan dijangka turut mengungguli kategori wanita.\rSementara itu, jurulatih Thailand, Pinate Rerkasame yang ditemui berkata, Jawatankuasa Olimpik Thailand mengambil keputusan menarik diri selepas merasakan beranggapan atlitnya yang masih di bawah usia 17 tahun tidak bersedia bertanding di peringkat Asia Tenggara.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|