View: 3112|Reply: 5
|
[2010] Filem "Alangkah lucunya Negeri Ini" - Indonesia
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by isabel at 16-11-2011 16:13
http://youtu.be/PvyALMxonwQ
Aku tak pasti korang dah penah tengok cite ker belum tapi yang pastinya filem ini sangat menarik untuk ditontoni. Dalam kepala hotak aku membayangkan kenapa la takde pengarah kat mesia nie yang buat filem mcm nie.
Hero yang sama dengan Filem "Emak ingin naik Haji".Bagus sungguh lakonannya dan filemnya pon penuh dengan pengaran dan sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# sepul
sangat bagus filem tu. dijadikan taruhan indonesia ke Oscar tahun lepas kot kalau tak silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sepul
sangat bagus filem tu. dijadikan taruhan indonesia ke Oscar tahun lepas kot kalau t ...
sultanmuzaffar Post at 10-11-2011 16:53
Suka sangat sekiranya filem ini tercalon ke oscar... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah download filem nie dah lama tpi sampai skrg x tengok lgi, selain filem nie aku dowload sang pencerah pun x tgk gak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah download filem nie dah lama tpi sampai skrg x tengok lgi, selain filem nie aku dowload sang pencerah pun x tgk gak...
B.K Post at 10-11-2011 19:50
sang pencerah best..!
|
|
|
|
|
|
|
|
masa mengunjungi Jakarta pada Mei 2010, filem ni sedang bermain di bioskop....tapi takda kat bioskop utama di mall2 besar, malah kompleks bioskop besar sebelah Sarinah mall tu pun tak menayangkanya....aku agak hampa sebab sebelum terbang ke Jakarta aku dah set nak tangkap tonton filem ni....hari terkahir, sewaktu berkunjung ke galeri seni Taman Ismail Marzuki, barulah aku sedar filem ini masih ditayangkan di bioskop dlm kompleks TIM itu tapi dah tak cukup masa sbb in few hours kena berangkat ke aiport...sayang sungguh.
Beberapa bulan kemudian berjaya beli dvd filem ni kat Mustaffa Centre, Singapore...
short review dari tontonfilem.blogspot
Arahan Deddy Mizwar tidak pernah gagal. Dan selalunya, ia mempunyai isi yang jauh dan selalu melawan mana-mana komedi Malaysia 90-an. Idea filem ini berat serta berpolemik menarik: bagaimana kita yang terpelajar mendidik pencopet duit menjadi baik tetapi dalam masa yang sama menerima duit si pencopet yang mencopet sebagai upah? Imej wayang dalam Mizwar kuat, dan ini ditampakkan dalam pembukaan filem ini, antara yang terbaik dalam sinema Indonesia. Pembukaan dialog "Kenapa kamu senang-senang mencopet sedang aku susah mahu cari duit?" "Dah, saya pencopet" terus mengikat kita, melihat liciknya "falsafah dalam lawak" orang Indonesia yang tipikal. Semuanya ada perlambangan, baik mengkritik kerajaan, masyarakat, individu yang menyeronokkan. Satu babak yang menggeli hati ya amat untuk orang Malaysia: babak bila pegawai buruh minta si penganggur ke Malaysia sambil si penganggur terkhayal dia dirotan imigresen kita! Tempo filem ini mula "bosan" apabila memerangkap dirinya dalam melodrama dan satu babak "runut bunyi" yang panjang sepertimana filem Melayu (bila tak tahu macam mana lagi caranya nak menceritakan mis-en-scennya kepada penonton). Tetapi pengakhiran yang "calang-calang simfoni sosial" serta kuat makna politikalnya tetap menyengat penonton dengan persoalan besar filem ini berkenaan kemiskinan orang Indonesia serta cara menanganinya (dan siapa yang sanggup mendepani keabsahannya). Sememangnya, orang Indonesia adalah jaguh filem-filem berfalsafah sosial (disiplin sosial, bukan komunis sepertimana yang dibaca bebal oleh orang kita). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|