|
PRAGUE: Petr Cech bakal menggunakan topeng terbarunya andai dia turun beraksi buat Republik Czech ketika melayan kunjungan Montenegro pada aksi pertama playoff Euro 2012, awal pagi esok.\rPenjaga gol Chelsea itu bagaimanapun masih belum yakin sepenuhnya untuk beraksi selepas mengalami kecederaan patah hidung ketika bertemu Blackburn, Sabtu lalu.\r\n\n\n\n\r “Topeng ini akan melindungi saya daripada mengalami kecederaan lebih teruk. Tapi saya belum pasti sudah bersedia 100 peratus,” kata Cech.\r\r\n\n\n\n\n Jurulatih Republik Czech, Michal Bilek yang sudah pun kehilangan pemain tengah, Tomas Hubshman yang digantung sangat berharap Cech dapat beraksi.\r“Kehadirannya di atas padang cukup penting kerana dia salah seorang penjaga gol terbaik di dunia. Jadi saya harap dia akan bersedia untuk diturunkan.”\rAndai Cech tidak dapat beraksi, Bilek bakal mempertaruhkan penjaga gol Hamburg, Jaroslav Drobny yang beraksi ketika Republik Czech seri 2-2 dengan Scotland pada saingan kelayakan sebelum ini. – Reuters\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|