CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

Mossad didakwa letup depoh tentera Iran

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan dianggap sabotaj, jejas Tehran  hasilkan senjata nuklear\rTEHRAN: Agensi perisikan Israel, Mossad, didakwa mendalangi letupan di pangkalan tentera berhampiran ibu kota Iran Sabtu lalu, yang menyebabkan 17 orang terkorban, kata sumber perisikan Barat yang dipetik  majalah Time semalam.\r\n\n\n\n\r“Ia bukan satu kemalangan seperti yang dinyatakan kerajaan Iran, sebaliknya ia didalangi Israel,” kata seorang pegawai perisikan kepada majalah itu sambil menambah, ia satu lagi sabotaj yang dirancang untuk menjejaskan kemampuan Iran membina dan menghasilkan senjata nuklear.\r\r\n\n\n\n\nSabtu lalu, dua letupan berlaku di depoh peluru berhampiran bandar Shahriyar, kira-kira 30 kilometer ke barat Tehran. \rPasukan Pengawal Revolusi Islam Iran  (IRGC), melaporkan, kejadian berlaku apabila tentera memunggah roket dari depoh berkenaan.\rAgensi berita FARS melaporkan bilangan yang maut dalam kemalangan itu mencecah 17 orang manakala 15 lagi cedera. Antara yang terbunuh ialah pegawai kanan Pengawal Revolusi, yang juga ketua unit penyelidikan logistik, Jeneral Hasan Tehrani Moqaddam. \rBeliau yang dipuji kerana usahanya  mengendalikan unit peluru berpandu dan artileri terbunuh dalam letupan di depoh peluru di barat Tehran itu adalah tokoh utama dalam program peluru berpandu, kata pasukan tentera elit itu dalam satu kenyataan kelmarin.\r\n\n\n\n\rHasan terbunuh bersama-sama dengan 16 anggota lain Sabtu di kawasan tentera di luar kampung Bidganeh, 40 kilometer di barat daya Tehran. \rPegawai Iran tidak menjelaskan mengapa Moqaddam berada di situ ketika kejadian.\rPasukan berkenaan berkata, tentera tidak akan melupakan peranan utama Hasan dalam pembangunan sistem pertahanan negara itu.\rPengawal Revolusi ialah pasukan tentera utara Iran yang berkait rapat dengan ulama berpengaruh negara itu.\rSeorang komander unit elit itu, Saeed Qasemi, berkata Iran terhutang budi dengan Moqaddam berhubung program peluru berpandu. \r“Sebahagian besar kejayaan kami dalam bidang peluru berpandu dan kereta kebal adala atas usaha berterusan Moqaddam,” kata Qasemi kepada laman web rajanews.com.\rKatanya, Moqaddam adalah salah seorang komander Pengawal Revolusi kesayangan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.\rSeorang lagi pegawai, Jeneral Mostafa Izadi, menyifatkan Moqaddam sebagai pengasas sistem peluru berpandu unit berkenaan.\rSementara itu, kumpulan buangan Iran, Mujahedin-e Khalq (MEK), mendakwa letupan sebenarnya berlaku di pangkalan peluru berpandu yang dikendalikan Pengawal Revolusi, bukannya depo peluru.\rAhli perundangan, Parviz Soroori, pula yakin letupan itu satu kemalangan.\r“Tiada sabotaj terbabit dalam kejadian ini. Ia tiada kena mengena dengan politik,” katanya yang dipetik laman web Parlimen, icana.ir.\rPeluru berpandu Iran boleh mencecah jarak 2,000 kilometer yang direka untuk sampai ke sasaran Israel dan Amerika Syarikat. Kemampuan peluru berpandu, selain program nuklear Iran, adalah antara punca mengapa Israel menganggap Iran sebagai musuhnya paling bahaya.\rPengawal Revolusi bertanggungjawab mengendalikan program peluru berpandu Iran itu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.941065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list