CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

Bryan, Jun Hoong masih tak puas hati

[Copy link]
Post time 16-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Saya perlu dapat lebih daripada 500 mata: Nickson\rDUA penerjun negara – Bryan Nickson Lomas dan Cheong Jun Hoong gah memenangi pingat emas namun menyuarakan rasa kurang puas hati ketika mahu mengejar pencapaian lebih tinggi di pentas dunia.\r\n\n\n\n\r Bryan mengungguli acara 10m platform individu lelaki manakala Cheong Jun Hoong dalam acara 3 meter papan anjal wanita untuk menjadikan jumlah keseluruhan lima emas untuk kontinjen negara dalam acara terjun pada edisi kali ini.\r\r\n\n\n\n\n “Menjelang Sukan Olimpik nanti, saya perlu mendapatkan lebih daripada 500 mata untuk menandingi penerjun lain terutama China,” kata Bryan yang mengumpul 500.80 mata bagi emas manakala seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang menduduki tempat kedua dengan 445.85 mata.\rSementara itu, biar pun terdetik kegembiraan kerana mampu memenangi emas dalam acara bukan pilihan, Jun Hoong menganggap aksinya kurang konsisten.\r“Memang ini adalah kemenangan terbesar pertama saya dalam acara individu namun banyak yang saya tidak berpuas hati. Persembahan seperti tadi masih banyak perlu dibaiki jika mahu berjaya di peringkat lebih tinggi,” kata atlit kelahiran Ipoh, Perak itu.\rJun Hoong mengutip 310.70 mata untuk muncul juara manakala rakan senegara, Ng Yan Yee meraih perak (290.10) dengan gangsa menjadi milik Sari Ambarwati dari Indonesia (270.60).\r\n\n\n\n\r“Saya kecewa. Harapan saya sebelum ini adalah memenangi emas, namun saya tidak cepat mengalah selepas kesilapan di terjunan ketiga itu,” katanya yang turut menang emas acara 3 meter papan anjal seirama, Ahad lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034816 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list