CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

'Isteri suruh aksi lebih ganas'

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PESAN isteri, Norhafizah Rahim agar lebih ‘ganas’ sejurus sebelum bertarung menjadi rahsia kejayaan Ahmad Shahril Zailudin memenangi pingat emas dalam final Putera D di Padepokan Pencak Silat, semalam.\rKetika tiada siapa berani meletakkan harapan, apa lagi menentang pesilat tuan rumah, Ahmad Shahril yang lebih mesra dengan panggilan ‘botak’ membuktikan tiada yang mustahil mempamerkan kejaguhannya.\r\n\n\n\n\r  Kejayaan menumbangkan Sapto Purnomo 5-0 bukan saja membolehkan dia meraih emas kedua peribadi selepas Manila 2005, tetapi juga membakar semangat kepada dua lagi pendekar, Mohd Al Jufferi Jamari (Putera E) dan Mohd Fauzi Khalid (Putera F) untuk menambah dua lagi koleksi emas untuk kontinjen negara - sekali gus mengatasi sasaran dua emas ditetapkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).\r\r\n\n\n\n\n  “Sebelum turun bertarung, saya ada menghubungi isteri (Norhafizah) dan dia pesan buat yang terbaik dan beraksi dengan lebih ‘ganas’. Jadi, mungkin itu menjadi rahsia kejayaan saya.\r“Saya juga tidak tahu daripada mana ‘kuasa’ datang untuk bangkit. Ini mungkin juga berkat doa dia, ibu bapa dan rakan sepasukan,” kata anak peneroka Felda Chini Timur Pahang berusia 30 tahun itu.\rMohd Al Jufferi menumbangkan Nguyen Duy Chien 4-1 manakala Mohd Fauzi melengkapkan  emas ketiga  menundukkan Katahat Raksapon 5-0.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041176 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list