CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

'Zorro' bantu MSN

[Copy link]
Post time 19-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kutip emas di luar jangkaan untuk lepasi ramalan awalACARA pedang kembali menceriakan kontinjen negara, semalam apabila menyumbang satu lagi pingat emas yang tidak berada dalam senarai sasaran Majlis Sukan Negara (MSN).\n\n\n\n  Semalam, skuad ‘zorro’ negara menggegar apabila mengungguli acara sabre berpasukan lelaki diketuai Muhammad Radhi Hasim, Long Ming Chang dan Yu Peng Kean yang gah menewaskan gandingan Vietnam Vu Thanh An, Nguyen Van Quynh, To Van Hop,45-38 pada final di Jakarta.\n\n\n\n\n  Dalam separuh akhir trio negara menewaskan Filipina 45-33.“Kejayaan menumbangkan Indonesia (45-38) pada suku akhir menjadi ‘kunci’ kami meraih emas ini. Ini kerana ia membakar semangat dan membuatkan kami enggan menoleh ke belakang lagi. “Kami tak jangka dapat  mengakhiri cabaran negara dengan kilauan emas,” kata Muhammad Radhi yang juga penuntut jurusan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM).Ia juga sekali gus menebus kecewa kalah kepada Vietnam dalam suku akhir Sukan SEA 2007 di Korat. \n\n\n\nEmas dimenangi adalah yang kedua selepas Joshua Koh menamatkan kemarau 22 tahun negara dengan meraih emas acara epee individu lelaki, Ahad lalu. Pencapaian dua emas dan lima gangsa adalah  terbaik dalam sejarah penyertaan skuad negara selepas tidak pernah memenangi lebih daripada satu emas.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.537746 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list