View: 2437|Reply: 10
|
Pelajar disembur semburan lada
[Copy link]
|
|
RAKAMAN video menunjukkan seorang anggota polis menggunakan semburan lada terhadap barisan penunjuk perasaan di Universiti California, Amerika Syarikat Jumaat lalu. - AP
|
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes di kampus Universiti California sebagai menyokong gerakan duduki Wall Street disembur semburan lada pada jarak dekat oleh seorang anggota polis berpakaian seragam antirusuhan dalam insiden yang tersebar di Internet kelmarin.
Canselor Universiti California, Linda Katehi menyifatkan rakaman kejadian itu sebagai 'menakutkan' dan mengarahkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.
Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis.
Dalam klip video berkenaan, seorang anggota polis dilihat menyembur semburan lada terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang sedang duduk.
Mereka bertindak menutup muka tetapi tidak melawan dengan beberapa pelajar menjerit meminta anggota polis berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.
Klip video itu yang tersebar di YouTube dan beberapa laman web lain menimbulkan kemarahan pelajar pusat pengajian tinggi AS. - AP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pepper Spray... pedih sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis.
Adelah menjadi satu kesalahan jika ini dijadikan sebagai standart polis serata dunia dalam manangani tunjuk perasaan. lain la berlaku rusuhan boleh la nak guna sedikit kekerasan untuk menyuraikan rusuhan. ini aku tengok pelajar tu tak agresif pon. siap duduk lagi bila kene sembur. ape kes polis ? nanti datang pula sorang lagi veteran Askar sekolahkan polis polis disana, macam yg terjadi bbeberapa minggu lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau spray kena kat angry bird |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# winamp05
gambar yg ditunjuk ni je duduk tak melawan,mana la tw yg lepas puas melawan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# kiblatku30
ye tak ye kan.
tapi aku rasa kalau derang melawan, polis tak guna penyembur lada yg ciput ni. mesti polis sembur dengan air. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# winamp05
kena jimat air nok |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh la kalau sembur lada tu standard biasa polis bila mana mangsa/suspek tidak melawan langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
mau terbakar kulit dan mata |
|
|
|
|
|
|
|
tu serbuk lada ke spray paint. utk tanda budak2 tahanan tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|