CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3970|Reply: 15

"TAIKO" Zed Zaidi Yang Punya

[Copy link]
Post time 25-11-2011 03:59 AM | Show all posts |Read mode
Zed Zaidi peroleh hak cipta perkataan 'Taiko'

23 Nov – Sebelum ini, perkataan 'Taiko' telah menjadi rebutan oleh banyak penerbit untuk mendapatkan hak menggunakan perkataan itu sebagai judul filem mereka.

Dipetik dari Berita Harian, hak cipta perkataan 'Taiko' akhirnya telah diberikan kepada Dzed Resources dan ia telah disahkan oleh penerbitnya iaitu Rozaidi Abdul Jamil atau pun lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (31).

"Dari awal lagi memang saya berhasrat untuk menggunakan judul itu kerana pada saya, tajuknya cukup 'catchy' dan saya ada perancangan yang lebih besar berdasarkan tajuk itu," kata Zed Zaidi.

Jelasnya, dengan tajuk itu, dia mampu mengaitkannya dengan peluang perniagaan seperti pengiklanan jenama barangan ataupun perkhidmatan, kerana konsep sebegitu dalam filem boleh mendatangkan keuntungan lumayan.

Zed Zaidi turut menyangkal bahawa filem "Taiko" cuba menyaingi filem arahan Syamsul Yusuf "KL Gangster".

"Skop "Taiko" sebenarnya luas. Ia bukan hanya berkisarkan kepada budaya kumpulan samseng, tetapi juga pada kumpulan lain dan juga pertubuhan. Apa saja boleh berlaku jika perasaan tamak dan gila kuasa berlaku dalam sesebuah pertubuhan," katanya lagi.

Dalam pada itu, filem "Taiko" akan menampilkan barisan pelakon seperti Faizal, Neelofa, Beto Khusairy, Azhan Rani, Riz Ainuddin, Namron dan Abu Bakar Omar.


Kita tengok nanti ketaikoan ZZ menghasilkan Taiko {:4_232:}

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 11:26 AM | Show all posts
Reply 1# haniryan


   Adakah perkataan ''Taiko'' ini asal dari Kantonis yang bermaksud ''Abang Besar''?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 01:07 PM | Show all posts
pelakon faizal tu yg mana 1?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 02:11 PM | Show all posts
faizal husein...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 02:23 PM | Show all posts
faizal mane plak blakon?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 02:24 PM | Show all posts
barisan pelakonnya macam tak best ajer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2011 05:01 PM | Show all posts
jgn ulangi kesilapan filem pecah panggung 2 Alam dah ler.. {:4_237:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 05:21 PM | Show all posts
plakon2 cam kureng je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 09:10 PM | Show all posts
Jiwa Taiko arahan Osman Ali cam ne plk??
direjectkah tittle itu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 01:53 AM | Show all posts
Pasal Taik pun nak berebut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 09:27 AM | Show all posts
sekarang musim org buat citer gangster yerk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:56 PM | Show all posts
asyik cite gangster je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:55 PM | Show all posts
jgn taiko jd teko sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 02:05 AM | Show all posts
x faham nape plak perkataan 'taiko' nk kena ada hakcipta bagai? klu nk ikut perkataan 'gangster' pn nampak ganas jugak tp x dgr plak kena ada hakcipta. sapa2x bleh guna as tajuk pilem.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 06:52 PM | Show all posts
plakon2 cam kureng je
loslocos Post at 25-11-2011 17:21

Ambil Shofi Jikan, Aaron Aziz. Pasti gegar
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 09:19 AM | Show all posts
tk minat laa... asyikk ganster2 aje.... bangga sangat ke ade ganster kt negara nie...
huhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.107330 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list