CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Djokovic tersungkur

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Anggap kekalahan kepada Ferrer \'permainan terburuk tahun ini\'LONDON: Begitu banyak cerita memaparkan kejayaan Novak Djokovic tahun ini hinggakan pemain nombor satu dunia itu menggambarkan kekalahan kepada David Ferrer pada kejohanan terakhir Jelajah ATP Dunia kelmarin sebagai ‘permainan terburuk tahun ini’. \rBintang Serbia itu tunduk mudah 6-3, 6-1 dalam perlawanan kurang sejam kepada pemain bersemangat besar dari Sepanyol, Ferrer dan mungkin terlepas aksi separuh akhir andai gagal menemui semula rentak apabila menentang rakan senegara, Janko Tipsarevic dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.   \r\n\n\n\n  \r   “Saya mengakuinya dan semua pujian kepada lawan saya (Ferrer). Dia beraksi dengan baik dan saya tidak berada di sana,” kata pemain 24 tahun itu yang memulakan kempen tahun ini dengan rekod 41 kemenangan berturut-turut dan menjuarai tiga daripada empat Grand Slam.\r\r\n\n\n\n\n   “Sudah tentu ia adalah perlawanan terburuk pernah saya harungi musim ini. Terlalu banyak kesilapan mudah. Saya tidak bermain dengan baik dan itulah hakikatnya. \r“Mungkin kerana musim terlalu panjang. Mungkin juga kerana saya tidak begitu sihat tetapi hari seperti ini bukan mustahil dalam sukan dan anda perlu akur kepada kekalahan.”\rDjokovic, yang bertandang ke London dengan kebimbangan mengenai kecederaan bahu memberi tentangan kepada pemain nombor lima dunia Ferrer pada set pertama yang terikat 3-3 sebelum melakukan kesilapan mudah — 33 secara statistik. \r“Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menerangkan perlawanan ini. Tiada apa yang berlangsung baik. Sukar untuk mencari sesuatu yang membuatkan saya selesa malam ini. Pergerakan, perasaan ketika memukul bola, jangkaan di atas gelanggang, semuanya tiada.”\r\n\n\n\n\rBagi Ferrer, ia adalah kemenangan kelimanya daripada 11 pertemuan sebelum ini dan kali kedua di gelanggang keras menentang Djokovic untuk menempah tiket separuh akhir selepas dua kemenangan termasuk ke atas Andy Murray.   \r“Saya fikir hari ini mungkin perlawanan terbaik saya musim ini,” kata pemain 29 tahun itu yang meraikan kemenangan dengan mengangkat bahunya. “Ia adalah reaksi yang mengejutkan. Saya menewaskan pemain nombor satu dunia dengan dua set.” – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list