CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2734|Reply: 13

[2011] 50/50

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 26-11-2011 23:49



Inspired by a true story, 50/50 is an original story about friendship, love, survival and finding humor in unlikely places. Joseph Gordon-Levitt and Seth Rogen star as best friends whose lives are changed by a cancer diagnosis in this new comedy directed by Jonathan Levine from a script by Will Reiser. 50/50 is the story of a guy's transformative and, yes, sometimes funny journey to health - drawing its emotional core from Will Reiser's own experience with cancer and reminding us that friendship                                         and love, no matter what bizarre turns they take, are the greatest healers. -- (C) Summit Entertainment


Aku da tengok semalam..

Giles best!

Memula cam fun jeh pasal chemistry di antara Joseph Gordon-Levitt ngan Seth Rogen sangat menjadi

Pastu watak2 lain macam Anjelica Hutson yang jadik mak Joseph pun best dan last2 nanti akan rasa simpati ngan nasib mak dia

Memang bagi citer ni 4.5/5 bintang

Soundtrack mantop dan editing kemas..

Jalan cerita pun laju je takde meleret gapo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 10:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by choolakaw at 25-11-2011 22:59

tgk trailer mcm sedih jer filem nihh....joseph gordon levitt plak dijangka dapat nominasi kat oscar ngan watak nihh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 11:04 PM | Show all posts
tgk trailer mcm sedih jer filem nihh....joseph gordon levitt plak dijangka dapat nominasi kat oscar  ...
choolakaw Post at 25-11-2011 22:58


Masa dia mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser tu memang penuh emosi
Berlinangan air mata gak la
Semalam dalam panggung ramai sok sek2

Tahun ni oscar memang sengit la
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 10:09 AM | Show all posts
dah tengok, best gila

one of the best film of the year.
oscar mesti in punya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:03 AM | Show all posts
Tengok kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 10:49 PM | Show all posts
joseph gordon levitt mmg terbaik...sape yg tgk cite ni and suke btol ngan lakonan si joseph ni, pi la tgk cite hesher and the lookout...mmg terbaik la die
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2011 10:01 PM | Show all posts
Tengok kat mana?
Zep Post at 26-11-2011 11:03

Aku tengok kat GSC MV..
Hall kecik ja pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:32 PM | Show all posts
tak banyak panggung show cite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 11:58 PM | Show all posts
"Gordon-Levitt sedang mendaki tangga menuju kumpulan aktor kelas A" ---> sila gunakan quote ini di cover belakang DVD 50/50 nanti, sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 12:23 AM | Show all posts
"Gordon-Levitt sedang mendaki tangga menuju kumpulan aktor kelas A" ---> sila gunakan quote ini di c ...
cmf_GAIA Post at 30-11-2011 23:58


Bootleg version?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 12:39 PM | Show all posts
ternampak banner filem ni kat GSC Midvalley...tertanye2 filem tentang apa sbb nampak banner tu dr jauh ada gambar 2 garland menunjukkan penah dpt pencalonan atau anugerah...best yek filem ni..? review dr Utusan pun puji filem ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 01:16 PM | Show all posts
50/50 markah penuh

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]
SEKALI imbas, kanser dan komedi bukanlah satu gabungan yang ideal. Kanser ialah subjek yang sangat sensitif, harus ditangani berhati-hati dan tidak sesuai untuk dijadikan bahan jenaka. Silap percaturan ia boleh menyinggung perasaan.

Filem 50/50 bagaimanapun bukanlah yang pertama mencuba kombinasi tersebut. Judd Apatow terlebih dulu melakukannya menerusi Funny People (2009), tetapi kurang berhasil.

Filem itu menerima reaksi yang pelbagai dan tidak termasuk dalam senarai komedinya terbaik seperti The 40 Year Old Virgin (2005) atau Knocked Up (2007). Tidak mudah untuk membuatkan penonton ketawa atau berasa selesa terhadap perkara yang dikaitkan dengan kematian.

50/50 mengisahkan Adam, penyelidik di Seattle Public Radio yang berusia 27 tahun. Dia digambarkan sebagai seorang lelaki yang jujur, patuh kepada peraturan dan tidak merokok, malah tidak memandu kereta kerana menganggapnya sebagai merbahaya.

Hidupnya berubah apabila disahkan mengidap sejenis barah tulang belakang. Di sisi Adam, terdapat beberapa individu penting sepanjang dia melalui proses penerimaan dan penyembuhan.

Dia mendapatkan kaunseling daripada doktor muda, Katherine. Dalam masa sama hubungannya dengan teman wanita, Rachel menemui jalan buntu. Adam juga mula menghargai perhubungannya dengan ibu bapa, persahabatan dengan Kyle dan mendapat kawan baru semasa menjalani kemoterapi.

Bayangkan jika anda berada di tempat Adam - diberitahu secara tiba-tiba akan ajal yang menanti ketika usia masih muda dan belum bersedia untuk mati.

Di sinilah terletaknya keberanian dan kekuatan skrip tulisan Will Reiser. Berdasarkan kisahnya sendiri yang pernah bertarung dengan tumor, Reiser cuba melawan ketakutan dan kegelapan itu dengan humor.

Setiap karakter dipersembahkan dengan pembinaan yang dinamik. Mungkin terdapat sedikit kekasaran pada dialog atau jenaka yang lucah, tetapi ia segera dimaafkan kerana watak-watak ini diisi dengan emosi manusia yang sebenar.

Menonton 50/50 seolah-olah menyaksikan sebuah dokumentari seorang pesakit kanser dan kehidupan di sekelilingnya.

Reiser bertuah kerana pengarah, Jonathan Levine (The Wackness, 2008) memahami naskhah asal. Dia berjaya mengimbangi elemen jenaka dan dramatik, membuatkan penonton tidak rasa bersalah untuk ketawa, juga membuatkan penonton tidak berasa malu untuk mengalirkan airmata.

Di tangan Reiser dan Levine, mereka tidak memanipulasi kesedihan secara berlebihan. Tetapi tidak juga mengusulkan jenaka yang keterlaluan. Filem ini memberi perspektif yang tulus bagaimana kanser dapat mengubah cara seseorang melihat kehidupan dalam skop yang lebih meluas.

Perkara terbaik mengenai 50/50 ialah pemilihan Joseph Gordon-Levitt sebagai Adam. Peranan itu sempurna di bahunya dengan pendekatan yang sangat semulajadi.

Dia membawa penonton merasai apa yang dilalui Adam. Bermula daripada berita kanser, sikap tenang dan optimisnya sehinggalah kemuncak ketakutannya. Menyaksikan survival Adam untuk terus hidup membuatkan penonton seperti mengenali dan memahami perasaannya.

Justeru, saya tidak dapat membayangkan jika tiada seorang pun yang tidak mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya tersentuh dengan penderitaan Adam. Seorang penonton lelaki di sebelah saya menangis teresak-esak tanpa segan-silu. Malah pada beberapa babak, pawagam tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

Saya akui tidak meminati Seth Rogen dan gaya jenakanya yang menjengkelkan. Namun, watak Kyle sangat secocok, dibantu keserasian dengan Gordon-Levitt. Apatah lagi dalam kehidupan sebenar, Rogen memang sahabat baik kepada Reiser. Jadi tiada orang lain yang lebih tepat untuk melakonkannya.

Bintang pembantu lain turut memberi sokongan yang baik terhadap filem ini, terutamanya Anjelica Huston yang memberikan cukup empati menerusi peranan ibu serta watak Katherine, kaunselor muda yang tidak berpengalaman lakonan Anna Kendrick.

Saya agak hairan mengapa aktres berbakat hebat sepertinya menerima tawaran berlakon dalam siri filem Twilight (2008-2012), tetapi 'dosa'nya itu sudah ditebus menerusi lakonan bertaraf calon Oscar dalam Up In The Air (2009).

Saya menonton filem ini dua kali di pawagam kerana dua sebab. Pertama, kerana saya benar-benar menyukainya dan kedua, kerana saya cuba mencari kelemahan. Malangnya, saya gagal menemui sebarang kecacatan kerana ini adalah sebuah filem 'kecil' yang berjiwa besar dan penceritaannya jelas.

50/50 ialah sebuah kisah yang jujur tentang kehidupan yang tidak semestinya indah, tetapi tidak menekan penonton. Ya, kita pasti menangis, tetapi ia tidak membuatkan kita sedih, sebaliknya meninggalkan pawagam dengan perasaan positif dan penuh inspirasi.

Saya mengharapkan filem ini dipandang pada musim anugerah akan datang, terutamanya untuk Gordon-Levitt. Filem ini mendapat markah penuh kerana dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:50 PM | Show all posts
best sgt cerita ni ok!

Anna Kendrick cute gila!!! Love her!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 05:35 PM | Show all posts
dah sedut... mlm ni nak tgk aaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.119532 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list