|
BIARPUN Kelantan dan Terengganu sedang dilanda banjir, tarikan Pertandingan Memancing Piala Monsun Pantai 2011 di Pulau Warisan semalam, menggamit ramai kaki pancing untuk mencuba nasib merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM58,800 disediakan penganjur.Sehingga jam 6 petang semalam, kaunter pendaftaran pertandingan itu yang dibuka sejak jam 3 petang, merekodkan lebih 600 penyertaan termasuk dari Kelantan.\n\n\n\n Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah berkata, masalah cuaca tidak langsung menghalang kaki pancing untuk menyertai pertandingan kerana kebanyakan mereka yakin dengan kredibiliti Berita Harian dalam menguruskan pertandingan memancing, berbanding anjuran pihak lain.\n\n\n\n\n “Sebelum kaunter pendaftaran dibuka, sudah ramai yang menunggu untuk mendaftar dan menariknya, walaupun Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, kaki pancing sanggup turun untuk menyertai pertandingan,” katanya.Pihaknya menjangka kira-kira 1,500 kaki pancing akan menyertai pertandingan di Pulau Warisan itu, bermula jam 8 pagi esok kerana tarikan kuat Terengganu sebagai lubuk pancing dan yakin sasaran itu mampu dicapai kerana menjadi kelaziman ramai peserta mendaftar pada saat-saat akhir.“Kaunter pendaftaran terus menerus dibuka sehingga jam 11 pagi ini dan dengan bantuan seramai 30 kakitangan yang dibawa dari Kuala Lumpur, urusan pendaftaran pasti berjalan lancar,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|