|
Tiller, Robertson kongsi lapan kemenangan pada pusingan kelayakanDUA pelayar New Zealand, Willam Tiller dan Phil Robertson berkongsi lapan kemenangan dan tiga kekalahan pada pusingan kelayakan Piala Monsun 2011 semalam untuk menempatkan diri pada kedudukan teratas, seterusnya mara ke pusingan suku akhir di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, hari ini.\rSelain Tiller dan Robertson yang mewakili pasukan Full Metal Jacket Racing dan Waka Racing Team, saingan suku akhir turut disertai enam pasukan lain iaitu Bjorn Hansen (Mekonomen Sailing), Francesco Bruni ( Bruni Racing), Ian Williams (Team GAC Pindar), Peter Gilmour (Yanmar Racing) dan Jesper Radich (Adrinan Lee & Partners).\r\n\n\n\n\r Keputusan itu turut menyaksikan saingan bagi menentukan juara Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) terus terbuka selepas perlawanan kelayakan ketiga semalam menyaksikan pencabar terdekat Williams dan Bruni, Torvar Mirsky (The Wave Muscat) tersingkir.\r\r\n\n\n\n\n Selain Mirsky, tiga lagi pasukan yang tersingkir adalah Damien Iehl (French Match Racing Team), Mathieu Richard (French Match Racing Team) dan peserta tunggal negara, Jeremy Koo (Abdullah Chan/KRT).\rEdisi ketujuh Piala Monsun hari ini akan menyaksikan lapan pasukan yang mara bersaing antara satu sama lain bagi menentukan empat pasukan yang bakal ke separuh akhir, seterusnya ke pusingan final, esok.\rDalam undian bagi menentukan lawan masing-masing di peringkat suku akhir, Tiller membuat pilihan bertemu Berntsson, Robertson memilih Gilmour, Radich-Hansen dan Williams-Bruni.\r“Kami sangat gembira dan teruja untuk mengharungi saingan suku akhir esok (hari ini) yang pastinya lebih sengit. Saya memilih Berntsson kerana dia adalah pesaing yang kuat,” kata Tiller dalam sidang media sejurus tamat pusingan kelayakan, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|