|
IAN Williams yang mengemudi Team GAC Pindar muncul juara Siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) apabila mengungguli saingan suku akhir Piala Monsun 2011 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong dengan menewaskan Francesco Bruni (Bruni Racing) 3-1, semalam.\rWilliams yang mendahului 106 mata dan dibezakan enam mata di depan Bruni (100 mata) selepas tujuh siri perlumbaan sebelum ini, tampil garang di perlumbaan suku akhir walaupun kurang menyerlah di pusingan kelayakan, mencatat enam kemenangan daripada 11 perlumbaan dan menyamai pungutan mata Bruni.\r\n\n\n\n\r Dengan kejayaan itu, pelayar Britain yang memegang ranking ketiga Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) berpeluang merebut satu lagi gelaran apabila memasuki perlumbaan separuh akhir Piala Monsun dan Jesper Radich (Adrian Lee & Partners) yang mendahului 2-1 menjelang sambungan penentuan ke final, hari ini.\r\r\n\n\n\n\n “Apabila tiba di Piala Monsun, kami meletakkan sasaran memenangi gelaran juara dunia dan Piala Monsun di sini dan pastinya esok (hari ini), kami akan pamerkan aksi terbaik,” kata Williams pada sidang media, semalam.\rLawannya, Radich berkata: “Kami akan cuba lakukan sebaik mungkin dan memenangi perlumbaan seterusnya.”\rSatu lagi saingan separuh akhir menyaksikan juara Piala Monsun dua kali pada 2005 dan 2009, Datuk Peter Gilmour (Yanmar Racing) kecundang kepada Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team) 2-3 dan gagal untuk mencipta gelaran hatrik yang diidamkan.\r“Agak kecewa kerana tewas di separuh akhir. Diakui perlumbaan dengan Berntsson sangat sengit hingga terpaksa ditentukan ke perlumbaan kelima,” kata Gilmour.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|