CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Federer jumpa Tsonga di final

[Copy link]
Post time 28-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Setiap kali Roger Federer melangkah masuk ke gelanggang, dia seolah-olah mampu menggenggam semuanya.\rTerbaru, dia merangkul kejayaan karier ke-100 Sabtu lalu apabila menewaskan David Ferrer dari Sepanyol 7-5, 6-3 dalam separuh akhir Final Jelajah Dunia ATP.\r\n\n\n\n\r   Federer di kedudukan untuk memenangi gelaran kali ke-70 buatnya dan rekod enam kemenangan pada kejohanan bagi pemain yang menduduki ranking lapan pemain terbaik dunia.\r\r\n\n\n\n\n   “Ini adalah hari yang istimewa untuk saya,” kata Federer, yang akan bertemu Jo-Wilfried Tsonga di final.\rTsonga menyambung persembahan cemerlang minggu lalu dengan menewaskan Tomas Berdych dari Republik Czech 6-3, 7-5 dalam perlawanan lewat, yang membolehkan pemain pilihan keenam dari Perancis itu beraksi di final dalam kejohanan itu untuk kali pertama, menerusi penampilan keduanya.\rKejayaan menewaskan Ferrer memberikan Federer melepasi Andy Murray kepada ranking ketiga pada penghujung tahun ini, di belakang Novak Djokovic di nombor satu dan Rafael Nadal.\rDjokovic dan Nadal terkeluar selepas tewas dua kali pada pusingan round robin minggu lalu, kedua-duanya mengatakan badan dan minda tidak berada di kedudukan terbaik selepas musim sukar. Murray pula menarik diri berikutan kecederaan selepas kalah pada perlawanan pembukaan kepada Ferrer, Isnin lalu. - AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.038525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list