CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Korban emas

[Copy link]
Post time 29-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVIPINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin. Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika \n\n\n\ntewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu serta pertemuan dengan Bahrain itu.Namun Kim Swee dapat melihat sinar terang jauh di hujung terowong dan berharap barisan pemain sedia ada dikekalkan dalam membentuk tunjang Harimau Muda yang lebih mantap menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.\n\n\n\n\n“Tak kisahlah sama ada saya masih jurulatih pasukan ini atau tidak, saya mahu lihat kesemua pemain ini dikekalkan sehingga 2014. Kita perlu dedahkan lagi mereka ini dengan latihan dan aksi antarabangsa, bukan saja di Eropah, malah di Amerika Latin.“Ini kerana, daripada pemain yang beraksi semalam (kelmarin), hanya Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh akan melebihi had usia dan tidak boleh beraksi pada Sukan Asia 2014 tetapi yang lain masih layak.”Kim Swee berkata, Sukan SEA 2013 akan menjadi ujian awal skuad Harimau Muda kini untuk tampil lebih garang di Incheon 2014.“Dengan 11 pemain dari skuad Sukan SEA Jakarta masih layak beraksi di Myanmar 2013, serta Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat, saya yakin tiada masalah kita ke final dan mempertahankan pingat emas,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.Pemain yang masih layak beraksi untuk Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014 ialah Fadhli Shas, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Zubir Azmi, A Thamil Arasu, Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack (20 tahun), Fandi Othman, Amer Saidin, Ferris Danial Mat Nasir dan Gary Steven (19 tahun), Syahrul Azwari Ibrahim (18 tahun) dan Nazmi Faiz Mansor (17 tahun). Izzaq Faris Ramlan, 21, yang cedera dan terpaksa berehat enam bulan, juga dapat beraksi pada Sukan SEA 2013.Selepas berakhir tempoh tiga minggu cukup memeritkan, Kim Swee hanya memberi rehat seminggu kepada anak-anak buahnya sebelum kembali berkumpul, Isnin depan untuk siri latihan dan aksi persahabatan selama dua minggu di Sydney, Australia, 10 Disember.Ia akan disusuli penyertaan pada Liga Singapura 2012 bermula Februari depan serta baki tiga aksi Kelayakan Olimpik.Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.557892 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list