View: 255|Reply: 0
|
Semangat Ultras Malaya wajar dicontohi
[Copy link]
|
|
WISEL penamat sudah 30 minit ditiup tetapi sekumpulan hampir 1,000 penyokong negara yang menamakan kumpulan mereka Ultras Malaya (UM), tidak berganjak dari bangku penonton, berdiri sambil terus menyanyikan lagu semangat untuk pemain.\rBagi mereka, angka ‘Malaysia 2 Bahrain 3’ yang terpampang pada layar di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan, bukan penamat sokongan terhadap skuad Harimau Muda kerana yakin kesebelasan anak buah Ong Kim Swee sudah melakukan yang terbaik pada perlawanan kumpulan Kelayakan Olimpik itu.\r\n\n\n\n\r Kumpulan UM membeli tiket bukan untuk duduk, sebaliknya mereka yang hadir berpakaian kuning dan hitam dengan skaf kuning hitam, lebih gemar berdiri sambil bernyanyi lagu semangat sebagai tanda sokongan terhadap pemain yang berjuang di tengah padang.\r\r\n\n\n\n\n Penulis yang berkesempatan bersama kumpulan itu turut menyertai mereka menggerakkan `ombak Mexico\' dari sebelah kiri sebelum disambut puluhan ribu penyokong lain sehingga melengkapkan satu pusingan stadium.\rPernah bersama mereka ketika awal pergerakan UM pada 2007 yang dikenali sebagai Harimau Malaya.Com (HMC) sebelum ini, pertambahan jumlah penyokong kumpulan itu amat ketara apabila kini berkembang ke seluruh negara.\rPenyokong UM dari Melaka, Darwin Mohd Arif, 18, berkata dia dan rakannya menerima kekalahan itu secara positif kerana yakin skuad negara mampu mara lebih jauh jika pemain terus dipupuk dengan semangat juang tinggi.\r“Kami tetap bersama Harimau Muda dan Malaya walaupun ketika kalah,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu di Melaka itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|