|
Untuk rebut posisi penyerang pasukan Kelantan musim depan\rPANTANG mengalah sebelum berjuang! Itulah yang boleh menggambarkan keazaman penyerang muda, Mohd Ramzul Zahini Adenan yang terpaksa bersaing dengan pemain lain, termasuk pemain import untuk memantapkan jentera skuad bola sepak Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.\r\n\n\n\n\r Jika diikutkan dalam senarai pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini, Ramzul mungkin terpaksa bersaing dengan dua pemain import serta penyerang lincah kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha di posisi depan pasukan.\r\r\n\n\n\n\n Persaingan yang terpaksa diharungi pemain berusia 23 tahun ini dilihat sukar, namun dia tetap berfikiran positif dan percaya peluangnya untuk diturunkan masih ada jika dia terus meningkatkan usaha pada sesi latihan.\r“Sudah pasti perasan risau tetap ada, tapi bagi saya ia lebih kepada persaingan sihat antara semua pemain Kelantan termasuk saya untuk terus meningkatkan prestasi semasa. Saya juga rasa Mat Yo masih hebat.\r“Kehadiran pemain import bukan satu beban kepada saya, tapi saya menjadikannya sebagai motivasi kepada diri saya. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya ‘mencuri’ dan mempelajari teknik baru daripada mereka (pemain import),” katanya ketika dihubungi semalam.\rMalah, kehadiran pemain dan jurulatih baru, Peter Butler dalam skuad The Red Warriors musim ini juga bagaikan membuka peluang kedua kepada penyerang itu untuk membuktikan kemampuan sebenar sekali gus dipilih untuk membarisi kesebelasan utama.\r\n\n\n\n\r“Jurulatih pernah memberitahu pemain, dia (Butler) tidak akan ‘melebihkan’ pemain import berbanding pemain tempatan jika mereka (pemain import) tidak beraksi baik dan sedia memilih siapa saja dalam skuad utama,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|