View: 79|Reply: 0
|
‘Jika tahu malu, letak jawatan’
[Copy link]
|
|
Ahli gabungan boleh ubah, kita seperti ‘anjing menyalak bukit’: Zabidi“KITA tiada kuasa meminta seseorang itu meletak jawatan, tetapi jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan mempunyai perasaan malu serta bersalah, dia sudah berbuat demikian secara sukarela,” demikian reaksi bekas perejam terbilang negara, Zabidi Sharif.\n\n\n\n Zabidi mengulas desakan beberapa pihak agar Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail bertanggungjawab di sebalik kekalahan memalukan kepada Indonesia di Sukan SEA XXVI lalu dengan meletak jawatan disandangnya sejak sedekad lalu.\n\n\n\n\n “Sebenarnya, ahli gabungan PSM yang mempunyai kuasa, tetapi andai mereka sendiri tidak sanggup berubah dan mahu melihat sukan tradisi ini terus diaibkan dan dihina, kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita hanya akan menjadi seperti ‘anjing menyalak bukit’.“Apa yang berlaku kepada sepak takraw hari ini adalah hasil daripada benih-benih yang ditanam PSM 10 tahun lalu. Jika PSM membentuk dua pasukan – skuad negara dan pelapis – seperti yang dilakukan kepimpinan sebelum ini, kita tidak menghadapi masalah kekurangan pemain seperti hari ini. “Malah, saya yakin dengan sumber pemain yang kita miliki hari ini, sesiapa jurulatih yang mengambil alih pasukan termasuk yang turun dari langit sekali pun, dia tidak akan mampu membentuk skuad yang mantap dalam sekelip mata,” katanya yang kini membimbing secara separuh masa skuad sepak takraw Sekolah Sukan Jitra, Kedah. Zabidi yang membentuk gandingan emas bersama Iskandar Arshad, Ahmad Jais Baharom dan Malek Shamsudin pada Sukan Asia 1994 juga menegaskan badi kekalahan kepada Indonesia dalam acara berpasukan akan terus menghantui skuad negara selepas ini sekiranya skuad negara bertemu lawan itu dalam mana-mana pertandingan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|