CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Memalukan!

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Azmeer tinggalkan tempat juri kerana geram persembahan peserta Vokal\rBARANGKALI sudah lama menahan kemarahan, kesabaran komposer yang juga juri tetap Vokal Bukan Sekadar Rupa, Azmeer, tidak dapat dibendung lagi malam Ahad lalu.\r\n\n\n\n\rPrestasi empat peserta pada minggu kelapan yang tidak memperlihatkan peningkatan, nyata mengecewakan lelaki ini, yang menyebabkan Azmeer mengambil keputusan meninggalkan tempat duduk juri sebagai saja peserta terakhir minggu itu, Mafa, selesai mengadakan persembahan.\r\r\n\n\n\n\nTindakan Azmeer meninggalkan tempat duduknya mengejutkan penonton di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan juga penonton di rumah. Malah tindakannya itu turut mengundang kecaman di laman sosial Facebook. Kata mereka, tindakan itu keterlaluan, malah sebahagiannya menganggap ia sengaja dibuat sebagai gimik.\rNamun ketika ditemui selesai program berkenaan yang menyaksikan Irsa Sahabuddin atau Irsa disingkirkan, Azmeer berkata, dia bukan pelakon atau sengaja mencetuskan gimik untuk meraih publisiti murahan. Sebaliknya, dia berbuat demikian kerana jemu mengulang pesanan yang sama dan berasakan komennya selama ini hanyalah sia-sia.\r“Saya bukan pelakon, tetapi kalau juri sudah bercakap berulang kali dan kesalahan sama masih dilakukan, buat apa saya nak komen lagi? Lebih baik saya tidak bercakap apa-apa dan tinggalkan saja pentas. Saya rasa itu tindakan terbaik daripada saya bercakap panjang lebar.\r“Saya malu! Bagi saya, apa yang mereka buat sungguh memalukan. Saya mengharapkan perubahan setelah berminggu-minggu menyanyi, tetapi sampai minggu kelapan, kesalahan sama masih berulang. Penat saya bercakap selama ini. Saya rasa seperti membazir saja kerana apa yang saya cakap ibarat mengalir ke longkang.\r\n\n\n\r“Tajuk program ini ialah Vokal Bukan Sekadar Rupa. Selain vokal, setiap peserta perlu menitikberatkan persembahan. Kalau menari macam budak tadika, buat apa? Saya bukan marah kepada Mafa seorang, tetapi semua peserta termasuk Asmidar. Prestasi Asmidar minggu ini mengecewakan, tidak seperti minggu lalu.\r“Saya ada harga diri, saya tinggalkan pentas bukan kerana dirancang oleh pihak TV3. Saya seorang yang cerewet. Saya sudah terbabit dalam bidang ini berpuluh-puluh tahun. Sekali saya dengar mereka menyanyi, saya boleh tahu mereka menyanyi dengan betul atau tidak,” katanya kecewa.\rMenurut Azmeer lagi, Azmarul contohnya memang berkebolehan menyanyi, tetapi dia bukanlah penyanyi yang baik. Sewaktu mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, dia dapat mengesan nada nyanyian Azmarul sumbang setiap dua minit. Bagaimanapun untuk lagu kedua, Umpan Jinak Di Air Tenang, nyanyian peserta dari Melaka itu lebih baik.\r“Penonton biasa mungkin tak sedar nyanyian Azmarul bersepah. Saya buat kerja ini sudah lama, saya boleh kesan kesilapan dengan mudah. Kalau tak percaya apa yang saya katakan, boleh saksikan kembali persembahan Azmarul di tonton.com.my. Saya tidak mahu penyanyi yang hanya boleh menyanyi. Saya memang seorang yang cerewet, saya tak mahu bagus saja tetapi perlu sempurna. Saya tidak mahu mereka hanya wujud tiga empat tahun, selepas itu hanyut. Kalau boleh saya mahu mereka bertahan lama.\r“Kenapa Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza boleh tahan lama? Sebabnya, mereka memang penyanyi yang bagus. Juri zaman dulu tak bagi muka. Mereka nilai seseorang mengikut kelayakan sebenarnya. Juri sekarang pula terlalu mudah memberikan pujian kepada peserta. Saya bukan orang yang macam itu. Jika penonton tidak suka dengan cara saya, terpulang kepada mereka. Itu memang cara saya, saya buat bukan mengikut arahan TV3,” katanya.\rPuas biarpun tersingkir\rKURANG dua minggu dari sekarang, Vokal Bukan Sekadar Rupa bakal melabuhkan tirainya. Peringkat akhir yang berlangsung pada 25 Disember depan menjanjikan hanya dua tempat ke final.\rSelepas kegagalan Irsa, tiga peserta yang masih bersaing iaitu Asmidar, Azmarul dan Mafa hanya mempunyai satu lagi peluang untuk menonjolkan kehebatan mereka bagi menempah tiket ke peringkat akhir.\rAsmidar yang mendendangkan lagu Over The Rainbow dan Rembulan sekali lagi memikat hati juri, Azmeer dan Erra Fazira, apabila berjaya muncul peserta yang mencatat markah paling tinggi, malam itu.\rIa diikuti Mafa yang memilih lagu Dangerously In Love dan Ketahuan. Pada persembahan minggu lalu, Azmarul dan Irsa berada pada kedudukan dua terbawah. Bagaimanapun mereka diberi peluang untuk membela nasib masing-masing dengan menyanyikan lagu Beribu Sesalan. Tetapi nasib lebih menyebelahi Azmarul.\rNamun bagi penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), walaupun kecewa dengan penyingkirannya, namun dia tidak akan berputus asa untuk bergelar penyanyi.\r“Walaupun kecewa kerana perjuangan saya terhenti, tetapi saya berpuas hati kerana tidak tersingkir pada peringkat awal. Buat masa ini saya akan meneruskan kembali pengajian dalam bidang Sarjana Muda Muzik dan sekiranya ada rezeki untuk menghasilkan single, saya akan mencuba,” kata Irsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.439725 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list