CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

Jangan panik: Chong Wei

[Copy link]
Post time 8-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jaguh badminton yakin mampu bangkit semula gegar pentas dunia\rKETIKA peminat badminton negara dilanda kegelisahan di sebalik kekalahan berturut-turut kepada musuh tradisinya Lin Dan di Kejohanan Dunia, Terbuka Hong Kong dan China, namun jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei sedikit pun tidak menunjukkan kegusaran.\r\n\n\n\n\r  Sebaliknya, dia yang memperoleh undian tertinggi dalam tinjauan di kalangan peminat mengenai ‘siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2011’ menyifatkan kekalahan itu lebih merangsang dirinya  bekerja keras memperbaiki dan meningkatkan permainan.\r\r\n\n\n\n\n  “Tiada apa perlu dibimbangkan. Mungkin saya keletihan kerana terlalu banyak beraksi dalam kejohanan sejak awal tahun. Tetapi saya yakin mampu bangkit semula,” katanya yang sedang membuat persiapan bagi mempertahankan kejuaraan Final Super Siri Dunia di Liuzhoi China, minggu depan.\rKenyataan itu turut disokong jurulatihnya, Tey Seu Bock yang menegaskan bukan masa untuk dia dan anak didiknya itu menekan butang kecemasan kerana berpendapat kekalahan kepada ‘Super Dan’ disebabkan penurunan prestasi jaguh itu akibat keletihan.\r“Chong Wei ketika ini memang keletihan akibat jadual padat diharungi sejak awal tahun dan ketika ini tumpuan diberi memastikan dia menjalani proses pemulihan fizikalnya. Jadi, saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepadanya dalam latihan,” katanya.\rSeu Bock juga menjelaskan dia dan Chong Wei akur dengan rancangan untuk memilih hanya beberapa pertandingan untuk disertai tahun depan bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu mencapai puncak ketika beraksi di Sukan Olimpik 2012.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.087638 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list