View: 129|Reply: 0
|
Villas-Boas balas kritikan
[Copy link]
|
|
Chelsea juara Kumpulan E belasah Valencia di Stamford Bridge\rLONDON: Andre Villas-Boas menjawab kritikan pedas terhadap skuad kendaliannya dengan membawa Chelsea ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas kemenangan 3-0 ke atas Valencia.\r\n\n\n\n\r Villas-Boas di ambang pengendali Chelsea pertama gagal di peringkat kumpulan kejohanan elit Eropah itu sekiranya membiarkan Valencia menang atau seri di Stamford Bridge, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n Situasi itu mungkin menjejaskan masa depannya bersama Chelsea tetapi anak buahnya menutup kemungkinan itu apabila Didier Drogba meledak dua gol dan satu gol lagi menerusi Ramires – dibantu keputusan seri antara Bayer Leverkusen dan Genk – untuk membolehkan Chelsea muncul juara Kumpulan E.\rSelepas beberapa minggu menjadi sasaran kerana keputusan kurang memberangsangkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Eropah, Villas-Boas yang selama ini bersabar dengan kritikan ke atasnya, mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras pada sidang media selepas perlawanan itu.\r“Pemain berhak diberi penghormatan yang mereka tidak dapat sebelum ini. Kami menjadi sasaran kritikan semua dan hari ini mungkin mereka menerima tamparan hebat daripada kami,” kata Villas-Boas.\r“Ia (kritikan) melampaui situasi sebenar. Sekarang ini seolah-olah Manchester City satu-satunya kelab di negara ini. Pendekatan media ialah, jika Manchester City melepasi peringkat kumpulan, ia sesuatu yang hebat tetapi jika tersingkir, tidak mengapa. Kami tidak pula diberikan pendekatan sebegitu.\r\n\n\n\r“Ada kritikan yang tidak boleh diterima akal. Seorang bekas pertahanan Manchester United ada berkata yang dia tidak sanggup bermain untuk Chelsea yang ada sekarang. Sukar dipercayai sampai begitu kami dikutuk.\r“Malangnya hari ini, anda (media) terpaksa melaporkan kemenangan bergaya Chelsea.” \rAntara kritikan utama buat Villas-Boas ialah dia tidak dihormati anak buahnya kerana menampilkan taktik dan membuat pertukaran mengelirukan.\rDrogba membuka jaringan seawal minit ketiga, diikuti jaringan Ramires juga dalam babak pertama sebelum penyerang Ivory Coast sekali lagi menggegar gawang Valencia dengan rembatan padu pada minit ke-77. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|