CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

28 pelajar dapat biasiswa Yayasan BAT Malaysia

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
YAYASAN British American Tobacco (Malaysia) Berhad (Yayasan BAT Malaysia) menganugerahkan biasiswa berjumlah RM317,618 membabitkan 28 pelajar cemerlang bagi membiayai kos pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi tempatan.\rProgram dilaksanakan sejak 1983 itu meliputi kos penuh sepanjang tempoh pengajian dan penerima tidak terikat untuk bekerja dengan BAT Malaysia sebaik menamatkan pengajian.\r\n\n\n\n\r  Penerima adalah dalam kalangan lima kategori biasiswa iaitu anak komuniti penanam dan perawat tembakau, peruncit, SmartInvest, anak dan kakitangan syarikat.\r\r\n\n\n\n\n  Berucap pada majlis penyampaian biasiswa baru-baru ini, Pengerusi Yayasan BAT Malaysia, William Toh, berkata menjadi matlamat yayasan terus mewujudkan peluang pendidikan bagi membantu generasi muda mencapai kecemerlangan akademik.\rGenerasi cemerlang inilah, katanya, bakal menjadi pemangkin dan penerus kepada kemajuan negara selain menyumbang ke arah agenda nasional melahirkan pelapis pemimpin akan datang.\r“Pemilihan penerima berdasarkan latar belakang kewangan keluarga, kokurikulum, kemahiran kepimpinan, aspirasi dan prospek kerjaya.\r“Tahun ini, penerima terdiri daripada 23 pelajar ijazah sarjana muda, A-Level (dua). Tiga lagi bagi penerima peringkat diploma, matrikulasi dan asasi.\r\n\n\n\r“Selain itu, pelajar berpeluang menjalani latihan di BAT Malaysia jika kursus yang diambil memerlukan mereka berbuat demikian,” katanya yang juga Pengarah Urusan BAT Malaysia.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 1.323615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list