View: 110|Reply: 0
|
‘2012 tahun gemilang Malaysia’
[Copy link]
|
|
Zolkples, Kok Chi yakin penantian emas Olimpik berakhir di London SELEPAS kempen 33 atlit negara di Sukan Olimpik 2008 berakhir dengan hanya satu pingat perak - yang menyaksikan impian Malaysia memenangi pingat emas pertama pada temasya terulung dunia itu terus berpanjangan sejak penyertaan pertama pada 1956 - adakah ketibaan 2012 hari ini bakal mengakhiri penantian panjang itu? \rSudah tentu ketibaan 2012 menjadi harapan semua pihak agar kemarau emas itu dapat diakhiri di London yang akan menjadi tuan rumah temasya terulung dunia dari 27 Julai hingga 12 Ogos nanti.\r\n\n\n\n\r Harapan tinggi itu turut dikongsi dua tokoh penting sukan negara iaitu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang amat berharap 2012 akan menamatkan penantian panjang itu.\r\r\n\n\n\n\n “Walaupun pertaruhan utama kita untuk memenangi emas agak goyah sedikit dengan persembahan tidak menentu Lee Chong Wei di hujung 2011 serta prestasi serba tidak kena Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sepanjang tahun lalu, tetapi saya yakin kita masih ada masa memperbaiki dan mengatasi segala kelemahan mereka.\r“Kita harap mereka mampu bangkit segera kerana temasya itu masih berbaki tujuh bulan lagi sekali gus merealisasikan harapan jutaan rakyat Malaysia yang amat berharap kita mampu memenangi emas pertama pada 2012 selepas kecewa sebelum ini,” kata Zolkples.\rZolkples berkata, sehubungan itu pihaknya akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan semua atlit yang layak beraksi pada temasya terulung dunia itu membuat persiapan rapi bagi memastikan misi kali ini tidak lagi berakhir dengan kegagalan.\rKok Chi turut senada dan berharap 2012 akan dikenang sebagai tahun gemilang dalam sejarah sukan negara dengan kejayaan kontinjen negara memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik.\r\n\n\n\r“Saya harap kita bukan saja dapat mengakhiri penantian dengan memenangi emas sulung tetapi kontinjen negara dapat menambah pungutan pingat kerana harapan kita kali ini bukan saja disandarkan kepada badminton, tetapi beberapa acara berpotensi lain seperti terjun dan memanah.\r“Pencapaian terbaik kita hanya memenangi dua pingat iaitu perak dan gangsa di Atlanta tetapi jika boleh kita mampu membawa pulang lebih daripada dua pingat kali ini mungkin tiga, empat atau lima pingat termasuk emas. Itu akan menjadikan pencapaian kita lebih gemilang,” katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|