View: 119|Reply: 0
|
Rombak segera: Syed Azmir
[Copy link]
|
|
‘Sudah sampai masa PSM rombak struktur jawatankuasa kejurulatihanPERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu merombak segera organisasi Jawatankuasa Kejurulatihan andai mahu meningkatkan kembali prestasi dan mengembalikan maruah negara permainan tradisi itu di persada dunia.\rRombakan itu adalah antara sembilan cadangan yang diutarakan Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis, Syed Azmir Syed Ahmad dalam laporannya, susulan prestasi buruk skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA XXVI, November lalu.\r\n\n\n\n\r “Sudah sampai masa PSM melakukan rombakan terhadap struktur jawatankuasa kejurulatihan dengan pengerusinya harus dilantik di kalangan orang yang memiliki pencapaian akademik dalam sains sukan dan pendidikan jasmani di samping memiliki pengetahuan mendalam berkaitan aspek kejurulatihan.\r\r\n\n\n\n\n “Jika memiliki kelulusan itu, baru dia mampu menyelia, menganalisa dan menilai program latihan dirancang dan dilaksanakan ketua jurulatih agar ia mampu melonjakkan prestasi atlit ke arah berorientasikan pencapaian,” katanya.\rSyed Azmir yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani Kesihatan turut mahu jawatan ketua jurulatih dan jurulatih skuad negara perlu diteliti dan dipilih semula secara temu duga terbuka oleh panel bebas.\r“Ketua jurulatih mesti lebih kreatif mempelbagaikan kaedah latihan dan merancang program latihan yang mampu menunjukkan peningkatan pemain dan pelantikan bagi jawatan itu perlu bersifat telus dan terbuka dengan dibuat secara permohonan serta melalui proses temu duga ,” katanya.\rSyed Azmir juga meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menamatkan tugas dua perunding dari Thailand dan lebih telus membuat pemilihan jawatan tersebut secara temu duga terbuka serta membuat klasifikasi yang jelas berkaitan perunding dan jurulatih.\r\n\n\n\r“Kalau dilihat program latihan yang dirancang dua perunding Thailand itu, sesuaikah mereka digelar perunding? Sedar atau tidak MSN sebenarnya sudah membuat satu kesilapan dan melakukan pembaziran wang,” katanya dalam laporan itu.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|