|
MADRID: Pendahulu Liga Sepanyol, Real Madrid tidak bercadang mendapatkan pemain baru menjelang musim perpindahan, menurut jurulatih Jose Mourinho, kelmarin.\r“Pasaran yang ada menjadi tempat di mana siapa yang berminat boleh mendapatkan peluang terbuka, tetapi kami bernasib baik kerana tidak memerlukannya,” katanya.\r\n\n\n\n\r “Pasukan sudah dibina dengan usaha keras untuk membolehkan kami bertarung dalam apa juga yang kami perjuangkan.\r\r\n\n\n\n\n “Bagi kami, pasaran sudah ditutup. Saya tidak mahu sebarang pemain, saya tidak ada meminta dan saya tidak akan meminta satu pun.” \rBekas jurulatih Chelsea itu berkata komen terbaru tentang hasratnya untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris telah disalah faham.\rKomennya dalam satu temubual dengan siaran televisyen BBC Isnin lalu disalahertikan beberapa pihak di Sepanyol dengan mengatakan jurulatih itu akan meninggalkan Real selepas kontrak empat tahun dengan kelabnya kini tamat pada musim 2013-2014. \r“Masa terbaik buat pasukan ini belum tiba lagi. Adalah penting untuk saya kekal dalam beberapa lama lagi, tetapi yang penting adalah niat. Niat (untuk kekal) ada.” Real kini menduduki tangga teratas liga Sepanyol dengan 40 mata, tiga mata di depan pesaing utamanya, Barcelona. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|