CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 10

Tragedi warnai Tahun Baru 2012 di Filipina

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi warnai Tahun Baru 2012 di Filipina


Seorang  lelaki yang cedera akibat terkena tembakan peluru sesat dibawa ke Pusat Perubatan Jose Reyes Memorial bagi menerima rawatan di Manila, semalam.  - AFP



MANILA 1 Jan. - Beratus-ratus penduduk cedera apabila terkena mercun dan peluru sesat, sementara berpuluh-puluh buah rumah hangus dijilat api dalam kebakaran di sini ketika kebanyakan penduduk meraikan sambutan Tahun Baru, semalam.

Pusat Pemantauan Jabatan Kesihatan melaporkan, seramai 454 penduduk dimasukkan ke hospital akibat terkena mercun dan kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak serta mereka yang mabuk.

"Saya melihat mata seorang kanak-kanak terkena mercun dan kecederaan sedemikian boleh menyebabkan kecacatan kekal," kata setiausaha jabatan itu, Enrique Ona.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 18 cedera terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh penembak rambang tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa mengenai larangan penggunaan senjata api.

Seorang wanita hamil juga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas terkena peluru sesat.
Wanita itu dan bayinya bagaimanapun terselamat.

Percikan mercun dan bunga api sempena sambutan Tahun Baru malam tadi turut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 buah rumah terbakar di kawasan padat di sini. - AFP

*http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&;dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2012 09:07 PM | Show all posts
asal lah jakun sgt org filipina ni sambut thn baru..
syukurlah kat malaysia tak de kejadian2 mcm tu..{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 09:27 PM | Show all posts
haihhh.. smp cmni ke diorg smbut thun bru. adoyaiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 09:38 PM | Show all posts
Sambutan Taun Baru yang sungguh ganas, cam dalam cite koboi plak, ooh lupe plak, pilipinoi  nikan bekas tanah jajaham Amrika, NALURI KEKOBOIAN SUNGGUH KUAT
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 11:58 PM | Show all posts
scarynyee...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 09:32 AM | Show all posts
Apakehey sambut new year sampai gini...haishhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2012 01:23 PM | Show all posts

500 cedera letupan mercun


SEORANG lelaki yang cedera akibat tembakan rambang sempena tahun baru di Manila semalam.



MANILA, Filipina - Hampir 500 orang cedera akibat letupan mercun dan tembakan rambang di negara ini sempena sambutan tahun baru.
Menurut beberapa pegawai, kira-kira 12 buah penerbangan, termasuk dua dari Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan dan dilencongkan semalam kerana letupan mercun mengehadkan penglihatan di Manila.
Sejumlah orang yang cedera akibat letupan mercun termasuk kanak-kanak memenuhi bilik-bilik kecemasan di hospital di sini selepas tengah malam.
Dua kumpulan bertempur di depan sebuah hospital di sini menyebabkan seorang mati akibat tembakan.
Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona menyatakan bilangan mangsa yang cedera akibat letupan mercun ialah 454 orang dan 18 lagi terkena peluru sesat.
"Sekali lagi, rayuan supaya ibu-ibu menjauhkan anak-anak mereka dari mercun tidak berkesan," kata Ona pada satu sidang akhbar.
Menurutnya, dia bersedia untuk menimbangkan satu cadangan bagi mengharamkan mercun sepenuhnya tetapi ia perlu dikaji terlebih dahulu.
Setiausaha Dalam Negeri, Jesse Robredo berkata, seramai 65 orang ditangkap kerana menggunakan mercun haram.
Sebahagian besar rakyat Filipina terpengaruh dengan tradisi masyarakat China yang percaya bunyi bising mercun dan bunga api mampu mengusir kejahatan dan nasib malang pada sambutan tahun baru.
Bagaimanapun, mereka mengamalkan kepercayaan itu dengan keterlaluan sehingga menyebabkan banyak kecederaan berlaku pada setiap tahun sempena sambutan tahun baru. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 01:24 PM | Show all posts
500 orang cedera akibat letupan mercun dan tembakan rambang


Macam ada sniper je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 06:19 PM | Show all posts
SEORANG lelaki yang cedera akibat tembakan rambang sempena tahun baru di Manila semalam.



...
perang_sivil Post at 3-1-2012 13:23


sama topik dengan http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=623439&extra=page%3D1%26amp%3Borderby%3Ddateline%26amp%3Bfilter%3D2592000

sosi merge yerk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 06:52 PM | Show all posts
sama topik dengan  

sosi merge yerk..
sosimple Post at 3-1-2012 18:19



    Sorryy...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:49 PM | Show all posts
yg mercun tu... aku leh terima lagi...
tapi yang melepaskan tembakan rambang tue?????.... giler siallll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.122186 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list