|
Jaguh trek basikal negara akan kecewa jika gagal di Olimpik London 2012MISI ‘membalas dendam’ menjadi agenda utama Azizulhasni Awang pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Melbourne, April ini.\rPada kejohanan sama, tahun lalu di Apeldoorn, Belanda, jaguh negara itu terlepas peluang beraksi akibat kecederaan tertusuk di betis kirinya yang memerlukan dia berehat hampir lima bulan.\r\n\n\n\n\r “Harapan dan sasaran saya untuk 2012 ialah untuk menang emas dalam Sukan Olimpik London dengan apa cara sekalipun.\r\r\n\n\n\n\n “Tetapi sebelum itu, saya mahu mencipta semula kejayaan di peringkat antarabangsa selepas lama berehat dan salah satu sasaran penting saya tahun ini adalah mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Dunia (4 hingga 8 April),” katanya.\rAzizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe itu bakal menyambut ulang tahun ke-24, Khamis ini menyumbang satu perak pada Kejohanan Dunia 2009 dan 2010.\rTidak diturunkan beraksi pada siri Piala Dunia di Beijing, minggu depan, Azizul berkata dia bersama Josiah Ng dan Fatehah Mustapa memberi tumpuan bagi siri Piala Dunia terakhir di London bulan depan tambahan saingan bakal diadakan di tempat yang sama perlumbaan Olimpik, Julai ini.\r“Saya harap siri Piala Dunia di London atau Kejohanan Dunia nanti akan menjadi puncak prestasi saya sebelum berhabis-habisan di Olimpik nanti.\r\n\n\n\r“Sekarang latihan saya di Melbourne memfokuskan kepada meningkatkan kekuatan individu sebelum jurulatih (John Beasley) akan masuk ke fasa ‘power’ dan kepantasan selepas Piala Dunia di London,” katanya yang menduduki tempat kesembilan kedudukan pelumba keseluruhan dalam acara keirin selepas dua siri Piala Dunia.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|